Now Reading
Tegur Rakan Sebar Video Lucah, Ketua Kelas Lumpuh Ditendang Di Kepala

Tegur Rakan Sebar Video Lucah, Ketua Kelas Lumpuh Ditendang Di Kepala

Mangsa sudah boleh mula menggerakkan tangan dan kakinya, tetapi pemeriksaan lanjut akan dilakukan melalui ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Seorang ibu sentiasa merisaukan keselamatan anak-anak walau di mana mereka berada. Apatah lagi dengan kes buli yang semakin menjadi-jadi, terutamanya di sekolah berasrama penuh.

Ketakutan seorang ibu menjadi realiti apabila dia dikejutkan dengan khabar berita daripada warden asrama berkenaan anaknya yang ditendang di kepala, lapor Astro Awani.

Anaknya yang juga merupakan seorang ketua kelas, ditendang kepalanya hanya kerana menegur rakan sekelas yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Rakannya yang didakwa berasa tidak berpuas hati dengan teguran tersebut secara tiba-tiba menendang mangsa dengan kuat di bahagian kepala.


Mangsa Lumpuh Akibat Tendangan Di Kepala

Menerusi akaun Facebook milik mangsa, ibunya yang berkongsi tragedi itu turut berkata mangsa kini lumpuh dan tidak boleh bergerak akibat ditendang di kepala.

Ketika dimaklumkan dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu.

Ibu mangsa.

Ibunya turut berkata bahawa mangsa bukan seorang yang sukakan kekerasan dan keganasan.

Berikutan dengan itu, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis.

Menurut ibu mangsa, anaknya sudah mula menggerakkan tangan dan kaki. Namun begitu, sebarang kecederaan dalaman perlu dikesan melalui ujian pengimejan resonans magnetik (MRI).

Doktor juga memberitahu ibu mangsa bahawa dia bernasib baik kerana tidak ditendang di bahagian bawah mata kerana keadaan akan menjadi lebih parah.

Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah mata sedikit, maka gelaplah dunia mama.

Ibu mangsa.

Ibu kepada mangsa turut meminta supaya orang ramai mendoakan kesembuhan buat anaknya dan dijauhkan daripada sebarang mudarat.

Sebagai maklumat, penyebaran video yang mengandungi kandungan lucah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd