Now Reading
Kes Buli MRSM: ‘Tiada Unsur Gengsterisme, Tapi Kes Khianat’ – Polis

Kes Buli MRSM: ‘Tiada Unsur Gengsterisme, Tapi Kes Khianat’ – Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat terhadap pelajar.

Pihak polis mendapati tiada sebarang elemen gengsterisme yang wujud dalam dakwaan kes buli yang membabitkan pelajar perempuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada Jumaat lalu (12 Ogos).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, itu dapatan dari siasatan awal yang dijalankan pihak polis berhubung laporan yang dibuat oleh ibu pelajar terbabit.

“Kita sudah merakam percakapan mereka yang terlibat seperti guru-guru, pelajar-pelajar termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan kes itu.

“Jadi, siasatan awal mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi media.

Polis terima dua laporan, satu dari ibu mangsa satu dari warden

Menurut Mohd Zahari, dua laporan diterima pihak polis daripada ibu mangsa dan juga warden MRSM terbabit berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, Muhd Zahari berkata, kes itu hanya disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat terhadap pelajar berkenaan.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook, Nazrah Mohamed yang juga ibu kepada mangsa mendakwa terdapat beberapa pelajar perempuan di MRSM Kuantan telah menjadi mangsa buli.

Dakwa wujud perbuatan khianat dan budaya gengsterisme

Dalam hantarannya itu, wanita tersebut mendakwa wujud perbuatan khianat dan budaya gengsterisme di sekolah terbabit.

Menerusi hantaran yang sama, wanita terbabit turut berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukan baju sekolah anaknya diconteng dan dipotong.

Rambut dipotong dan mendapat nota ugutan

Tidak hanya itu, dia turut berkongsi gambar rambut anaknya dipotong dan beberapa keping nota ugutan yang diterima oleh mangsa.

Setakat hari ini, hantaran itu telah mendapat 41,200 perkongsian dan 22,500 komen.

Malah ia turut tular dan sohor di semua platfrorm media sosial selepas dikongsikan orang ramai.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd