Now Reading
[Video] 5 Remaja Ditahan Polis Selepas Belasah Kanak-kanak 8 Tahun Di Masjid

[Video] 5 Remaja Ditahan Polis Selepas Belasah Kanak-kanak 8 Tahun Di Masjid

Kanak-kanak itu naik angin selepas sekumpulan remaja sengaja meletakkan sabun di atas kepalanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Insiden membuli bukanlah perkara yang asing lagi. Pergilah mana-mana negara sekalipun, perbuatan terlarang ini mesti pernah menjadi bualan masyarakat.

Di Malaysia, antara isu buli yang pernah hangat diperkatakan adalah tentang kes pembunuhan seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu Zulfarhan Osman Zulkarnain dan juga pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah berasrama penuh.

Kini, pembuli berkenaan telah ditahan dan diambil tindakan sewajarnya.

BACA JUGA: 6 Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Tahun Atas Kes Zulfarhan

Dibelasah lima orang remaja

Terbaharu, tular lagi kejadian buli melibatkan kanak-kanak berumur lapan tahun ketika dia dilihat sedang membersihkan kawasan masjid di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang sibuk membersihkan tempat mengambil wuduk selepas selesai solat Jumaat pada 18 Februari.

Namun secara tiba-tiba, budak lelaki itu didatangi oleh sekumpulan remaja yang mengusiknya dengan meletakkan sabun pencuci tangan di atas kepalanya.

Disebabkan berang dengan tindakan sekumpulan remaja tersebut, kanak-kanak tersebut terus melemparkan sandal ke arah salah seorang remaja berkenaan dan melarikan diri.

Sumber: Tribun Makassar

Menerusi rakaman litar rakaman tertutup (CCTV), remaja berkenaan dilihat mengejar dan membelasah kanak-kanak tersebut sehingga dia terjatuh ke tanah selepas berang dibaling dengan sandal.

Rakan-rakan remaja yang lain hanya melihat dan mentertawakan budak lelaki tersebut.

Pergaduhan itu telah menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami trauma dan kecederaan di bahagian kepala.

Laporan media tempatan memaklumkan kelima-lima remaja berkenaan berusia dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun telah ditahan oleh pihak polis Makassar di Indonesia.

Menurut Ketua Polis Makassar, tiga daripada mereka yang ditahan adalah penganggur manakala dua lagi masih menuntut di sekolah menengah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd