Now Reading
[Video] Lelaki Kesian Monyet Datang Ke Dorm, Biar Tidur Atas Katil Buat Ramai Simpati

[Video] Lelaki Kesian Monyet Datang Ke Dorm, Biar Tidur Atas Katil Buat Ramai Simpati

Menurut remaja terbabit, dia yang mula menyayangi haiwan itu turut berasa sebak untuk meninggalkannya setelah selesai kursus nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai seorang manusia, sifat menyayangi haiwan dan senang membantu adalah sesuatu yang wajib ada dalam diri setiap insan.

Di dalam Islam pula, Allah SWT melarang umatnya menyeksa binatang yang ada di muka bumi ini serta menjanjikan ganjaran pahala bagi yang menyayangi dan membantu haiwan.

BACA JUGA: Asbab Bantu Kucing Jalanan Sakit Walau Duit Hanya Tinggal RM50, Lelaki Terima Ganjaran 6 Kali Ganda [Video]

Lelaki benarkan monyet yang sedang sakit tidur di atas katilnya

Begitulah yang dilakukan seorang lelaki ini apabila dia tidak keberatan untuk membenarkan seekor monyet yang sedang kesakitan untuk tidur di atas katilnya di sebuah asrama.

Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ikmalz0, remaja terbabit pada waktu itu sedang berehat di dalam asramanya sambil melayari internet.

Sumber gambar: TikTok/ikmalz0

Namun secara tiba-tiba, datang seekor monyet daripada kawasan luar singgah duduk di kawasan tingkap bilik asrama yang terbuka.

Tangan monyet tersebut terdapat kesan luka

Sumber gambar: TikTok/ikmalz0

Apa yang menyedihkan, ketika remaja itu menghampiri monyet terbabit, ternyata tangan kanan haiwan tersebut mengalami luka.  

“Tengah scroll TikTok, tiba-tiba ada tetamu tak diundang dekat hostel. Kesian dia (monyet) mungkin nak mengadu tangan sakit sebab tangan dia luka,” tulisnya dalam video.

Remaja itu yang pada awalnya sedikit takut dengan haiwan tersebut bagaimanapun mula memberanikan diri untuk mendekatinya.

Biarkan monyet tersebut tidur di atas katilnya

Dia yang juga kesian untuk meletakkan monyet itu diluar bilik akhrinya membiarkan haiwan tersebut untuk tidur di atas katilnya.

https://www.tiktok.com/@ikmalz0/video/7157910228699286811

Sebak ingin tinggalkan haiwan itu setelah selasai khusus nanti

Pada masa sama, pemuda itu turut berasa sebak untuk meninggalkan haiwan itu setelah tamat khususnya nanti.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersimpati melihat nasib monyet tersebut serta ingin remaja terbabit mengambilnya untuk dijaga.

Sumber gambar: TikTok/ikmalz0
Sumber gambar: TikTok/ikmalz0
Sumber gambar: TikTok/akmalz0

BACA JUGA: “Oyen Diculik Nenek” – Tular Warga Emas Letak Kucing Dalam Plastik Buat Ramai Terhibur [Video]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd