Now Reading
Isu Tentang Yuran PIBG Cetus Kontroversi: Siapa Yang Patut Dipersalahkan?

Isu Tentang Yuran PIBG Cetus Kontroversi: Siapa Yang Patut Dipersalahkan?

Tindakan lelaki yang berterima kasih kepada kerajaan MADANI dengan nada sarkastik telah menimbulkan kontroversi tentang yuran PIBG di sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap sekolah pasti akan mengenakan yuran tahunan yang perlu dibayar bagi membolehkan segala kelengkapan seperti kemudahan alatan serta bekalan buku disediakan oleh para guru.

Selain yuran tahunan, bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga termasuk dalam komitmen ibu bapa.

Namun baru-baru ini, isu tentang yuran PIBG telah menjadi kontroversi di media sosial melibatkan kalangan ibu bapa.


Ibu Bapa Mengadu Tentang Yuran PIBG Yang Dikatakan Agak Mahal

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Marang Kiter Official, seorang bapa membuat aduan tentang yuran PIBG di sekolah anaknya yang dikatakan agak mahal.

Lelaki tersebut yang memiliki gaji bulanan berjumlah RM1,500 dan isterinya pula kini tidak berkemampuan untuk berkerja kerana menghidap strok memberitahu dia tidak dapat menampung yuran berkenaan yang dipercayai melebihi RM100.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut dimuat naik dengan nada sarkastik kerana lelaki berkenaan ‘berterima kasih’ kepada pihak kerajaan atas kesusahan yang dilaluinya.

Hantaran tersebut telah mencetuskan kontroversti dalam kalangan rakyat Malaysia tentang kemampuan dari segi pendidikan serta fungsi yuran PIBG dalam memberi sokongan kepada pihak sekolah.

Pada masa yang sama, pengguna Facebook ini turut mendapatkan kritikan daripada netizen apabila dia dengan sengaja mengaitkan perkara itu dengan pihak kerajaan.

Salah seorang netizen yang juga ahli PIBG menjelaskan bahawa yuran PIBG telah dipersetujui oleh semua ibu bapa semasa mesyuarat berlangsung.

Selain itu, netizen turut meminta lelaki berkenaan untuk menghadiri mesyuarat PIBG jika tidak bersetuju dan mahu mengurangkan yuran berkenaan.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bantu Ringankan Beban Kewangan

Tanpa mengira pihak yang betul atau salah, isu ini jelas menunjukkan bahawa masih wujud lagi keluarga di Malaysia yang kurang berkemampuan untuk membiayai kos pendidikan.

Ia juga menekankan tentang kepentingan komunikasi serta kerjasama antara ibu bapa, pihak sekolah dan badan kerajaan bagi menangani perkara ini.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menjernihkan keadaan.

Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, pihaknya komited dalam memastikan agar yuran PIBG tidak memberi beban kepada para ibu bapa.

Malah, Fadhlina turut menegaskan pihak KPM agar sentiasa memantau sekolah dan memastikan mereke mematuhi prosedur yang ditetapkan berhubung yuran PIBG.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd