PDRM Beri Diskaun Saman 50% Sempena 1 Tahun Kerajaan MADANI
Kempen diskaun pembayaran saman ini akan berlangsung selama tiga hari sahaja iaitu dari 8 sehingga 10 Disember 2023.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah mengumumkan tawaran diskaun sehingga 50% kepada beberapa kesalahan trafik.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook mereka, PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bakal melaksanakan diskaun berkenaan bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI.
Tawaran diskaun itu akan diberikan selama tiga hari iaitu bermula Jumaat ini (8 Disember) sehingga Ahad (10 Disember).
Jenis-jenis Kesalahan Yang Tidak Diberi Diskaun
Walau bagaimanapun, diskaun saman sehingga 50% ini hanya diberikan kepada kesalahan terpilih sahaja.

Tawaran pengurangan kompaun saman bagi kesalahan lalu lintas pada tahun 2023 ini tidak termasuk kesalahan seperti berikut:
- Saman kemalangan.
- Kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan.
- Kesalahan yang tidak boleh dikompaun.
Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan terhadap saman yang dimiliki menerusi portal atau aplikasi MyBayar PDRM sebelum hadir ke kaunter pembayaran sama.
Diskaun Kompaun Hanya Untuk Mereka Yang Bayar Di Kaunter Sahaja
Dalam pada itu, pemberian diskaun untuk pembayaran kompaun ini hanya boleh dilakukan di kaunter sahaja iaitu di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kaunter tersebut akan dibuka mengikut jadual seperti di bawah:
- 8 Disember 2023 (Jumaat): 9:00 pagi hingga 4:00 petang
- 9 dan 10 Disember 2023 (Sabtu dan Ahad): 9:00 pagi sehingga 6:00 petang.
Jadi apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda melunaskan segala kompaun trafik dengan harga yang rendah!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.