Now Reading
PDRM Tahan Lelaki Di Shah Alam, Disyaki Suspek Kebakaran Rumah & Kereta MP Beruas

PDRM Tahan Lelaki Di Shah Alam, Disyaki Suspek Kebakaran Rumah & Kereta MP Beruas

Menurut Ketua Polis Perak, suspek yang berusia 30-an itu ditahan pada hari ini (12 Januari) sekitar jam 4.00 pagi di Shah Alam, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Rabu (10 Januari) yang lalu, negara dikejutkan dengan insiden kebakaran kediaman dan kereta milik Ahli Parlimen Beruas dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri kejadian berlaku kira-kira jam 2.55 pagi dan pihaknya mengesahkan penemuan botol yang disyaki mengandungi molotov cocktail di lokasi kejadian.

Mohd Yusri juga menerusi satu kenyataan pada 10 Januari yang lalu mengesahkan kes dalam siasatan dan usaha mengesan individu terlibat giat dilakukan.

Suspek Lingkungan 30-an Tiada Rekod Jenayah Lampau

Terbaharu, seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes kebakaran kediaman dan kenderaan milik Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, Perak telah ditahan polis.

Menurut Mohd Yusri, suspek yang berusia 30-an itu ditahan pada hari ini (12 Januari) sekitar jam 4.00 pagi di Shah Alam, Selangor.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga Selasa depan (16 Januari) untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes Disiasat Mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan

Tambah beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Mohd Yusri turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS PERAK : HASIL PERKEMBANGAN SIASATAN BERSABIT KES KEBAKARAN KENDERAAN AHLI PARLIMEN BERUAS…

Posted by Polis Perak on Friday, 12 January 2024

Dalam insiden kebakaran pada 10 Januari yang lalu, Ngeh Koo Ham mendakwa kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada kenyataan beliau yang mahu pakar perlembagaan bukan Islam turut dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Namun, dia mendakwa telah memaafkan pelaku tersebut dan memohon agar pelaku segera bertaubat kerana cuba membahayakan nyawa beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Rumah & 3 Kenderaan Ahli Parlimen DAP Terbakar, Ada Unsur Khianat

Baca Artikel Berkaitan: Ngeh Koo Ham Yakin Cadangannya Tempoh Hari Jadi Punca Rumah & 3 Kenderaan Miliknya Dibakar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd