Now Reading
Bersenam Waktu Malam, Bahaya Atau Tidak Untuk Kesihatan?

Bersenam Waktu Malam, Bahaya Atau Tidak Untuk Kesihatan?

Sesetengah netizen berpendapat bahawa tabiat bersukan pada waktu malam adalah tidak waj kerana menganggap malam sepatutnya digunakan untuk berehat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut tentang bersenam, mesti ramai yang akan menganggap bahawa aktiviti ini sangat penting untuk diamalkan kerana dapat menyihatkan tubuh badan.

Terdapat pelbagai cara untuk bersenam, sama ada dengan melakukan aktiviti bersukan seperti bermain badminton, futsal, mendaki dan sebagainya.

Tetapi aktiviti bersenam yang dilakukan dalam tempoh serta cara yang salah boleh memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan seseorang.


Tular Video Netizen Bersenam Waktu Malam

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik semula di laman X (Twitter @bagirunclub) menunjukkan sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan juga wanita dilihat bersenam dan berlari pada waktu malam.

Selepas memuat naik video itu, pemilik akaun berkenaan meminta pendapat orang ramai tentang amalan bersuka pada waktu malam dan telah meraih pelbagai reaksi dari netizen.

Sebahagian besar netizen kurang setuju dengan tabiat bersukan pada waktu malam kerana menganggap malam sepatutnya digunakan untuk berehat.

Namun, ada juga netizen berkata ia bergantung kepada gaya hidup seseorang, asalkan mendapatkan tempoh tidur yang mencukupi dalam sehari.

Sumber: X (Twitter)

Betul Ke Bersenam Waktu Malam Boleh Membahayakan Kesihatan?

Seorang pengguna di laman X (Twitter @Haziqmahmur90an) berpendapat bahawa bersenam pada waktu malam dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’.

Lelaki itu juga telah memetik semula beberapa kes kematian yang berlaku disebabkan oleh amalan bersenam pada waktu malam.

Individu berkenaan menjelaskan bahawa ia dipanggil sebagai pembunuh senyap kerana telah memberi tekanan pada badan untuk melawan fitrah badan manusia yang sepatutnya berehat pada tempoh tersebut.

Hormon melatonin yang membantu untuk seseorang mudah tidur pada waktu malam akan berkurang dan menyebabkan seseorang susah untuk tidur dan lesu pada keesokan harinya.

Ini kerana hormon cortisol iaitu hormon yang menyumbang kepada stres lebih banyak terhasil ketika anda bersenam pada waktu malam.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Semakan di National Library of Medicine mendapati satu kajian melibatkan 3690 individu dewasa di Amerika Syarikat dalam lingkungan 20 sehingga 40an telah diterbitkan pada tahun 2022 tentang hubungan antara senaman malam dan risiko kematian.

Dalam jumlah tersebut, seramai 1800 individu merupakan populasi yang aktif pada waktu malam dan kajian mendapati bahawa sebanyak 639 kematian telah dicatatkan dalam kalangan golongan ini.

Pengkaji turut menekankan bahawa semakin tinggi nisbah tempoh masa sukan malam, maka semakin tinggi risiko kematian.

Sekiranya nisbah tempoh masa sukan malam naik 0.1%, risiko kematian juga akan bertambah kepada 15%.


Tidak kurang juga, pengguna media sosial ini menasihati orang ramai terutamanya individu beragama Islam untuk mengikuti cara hidup yang diajar oleh Allah SWT iaitu berehat pada waktu malam.

Ia bersesuaian dengan ayat al-Quran dari surah Yunus ayat ke-67 iaitu:

هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيْلَ لِتَسْكُنُوا۟ فِيهِ وَٱلنَّهَارَ مُبْصِرًا ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَسْمَعُونَ

Maksudnya: Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).


Boleh Bersenam Waktu Malam Asalkan Pandai Atur Jam Biologi Sendiri – Pakar Perubatan Sukan

Namun memetik hantaran Medical Mythbusters Malaysia yang ditulis oleh seorang pakar perubatan sukan Dr Rahmani, manusia boleh bersukan atau bersenam pada waktu malam asalkan pandai mengatur jam biologi sendiri, disiplin, selain mempunyai istirahat dan tidur yang cukup serta berkualiti.

Selain itu, mereka juga harus mengelak pengambilan kafein, penggunaan pada waktu malam, dan mengawal tidur pada siang hari.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Baca Artikel Berkaitan: Alami Masalah Tidur? Ini Antara Tips Atasi Insomnia Dengan Mudah Tanpa Perlu Ambil Pil

Baca Artikel Berkaitan: Elak Ketap Gigi Masa Tidur! Ini Kesan Buruk Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “Baru Bangun Tidur Dah Penat” – Doktor Beri Penjelasan Tentang ‘Sleep Debt’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd