Now Reading
Alami Masalah Tidur? Ini Antara Tips Atasi Insomnia Dengan Mudah Tanpa Perlu Ambil Pil

Alami Masalah Tidur? Ini Antara Tips Atasi Insomnia Dengan Mudah Tanpa Perlu Ambil Pil

Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), insomnia ialah masalah tidur lazim dialami oleh individu di seluruh dunia dan 1 per 3 daripada keseluruhan populasi orang dewasa melaporkan mereka mengalami simptom berkaitan dengan insomnia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Masalah sukar untuk tidur ini seringkali dihadapi oleh ramai orang.

Mana tidaknya, zaman sekarang ini kebanyakan daripada kita semua tidak mendapat rehat mencukupi, stres berlebihan di tempat kerja dan juga pelbagai masalah timbul saat ingin melelapkan mata.

Malah, pengambilan kafein secara berlebihan juga akan menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada masalah sukar tidur/insomnia ini.

(Credit: Envato)

Bila tak cukup tidur, kehidupan seharian juga akan terganggu. Dan seterusnya akan mempengaruhi aktiviti, pekerjaan, kesihatan umum dan lain-lain lagi pada waktu siang.

Boleh murung juga, ya.


Tips Atas Masalah Tidur Atau Insomnia

Bagaimana cara terbaik untuk anda praktik bagi mengatasi masalah sukar untuk tidur ini? Kami akan menyenaraikan beberapa tips berguna supaya anda boleh mulai untuk mendapatkan rehat dan tidur yang berkualiti dan tidak lagi stres apabila kena masuk kerja dalam keadaan tidak cukup tidur.

#1. Cipta Rutin Tidur

  • Gunakan katil hanya untuk tidur (bukan bekerja, makan, atau sebagainya).
  • Gelapkan bilik. Jangan tidur dengan sebarang lampu yang terbuka.
  • Berhenti menggunakan telefon satu jam sebelum waktu tidur.
  • Senaraikan ‘to-do-list’ sebelum tidur untuk memastikan minda anda sentiasa kosong dan tenang sebelum tidur.

#2. Ikuti Sistem 321

  • Berhenti makan tiga (3) jam sebelum tidur.
  • Berhenti minum dua (2) jam sebelum tidur.
  • Berhenti menggunakan telefon satu (1) jam sebelum tidur.

#3. Dapatkan Cahaya Matahari Selama 20 Minit Setiap Hari

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa setiap individu disarankan untuk mendapatkan sumber cahaya matahari sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari. Ia mampu untuk ‘reset’ kembali jam tidur badan anda.

Malah, ia juga dapat memberikan manfaat lain seperti:

  • Pertambahan tenaga sepanjang hari.
  • Menaikkan mood.
  • Mendapatkan tidur berkualiti di waktu malam.

Tentang Insomnia

Untuk pengetahuan umum, insomnia adalah istilah perubatan yang digunakan merujuk kepada masalah berkaitan dengan tidur seseorang. Beberapa keadaan yang seringkali dikaitkan dengan masalah insomnia ini adalah:

  • Sukar tidur.
  • Sukar untuk kekal tidur (senang terjaga).
  • Bangun terlalu awal.
  • Bangun tidur dan berasa letih.

Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), insomnia ialah masalah tidur lazim dialami oleh individu di seluruh dunia dan 1 per 3 daripada keseluruhan populasi orang dewasa melaporkan mereka mengalami simptom berkaitan dengan insomnia. Daripada jumlah tersebut, hanya 6 hingga 10% yang serius sehingga didiagnosis dengan masalah insomnia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd