Elak Ketap Gigi Masa Tidur! Ini Kesan Buruk Anda Perlu Tahu
Individu yang berterusan mengetap giginya semasa tidur berisiko untuk membuat permukaan gigi menjadi haus.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pasti ramai di antara anda yang mempunyai pelbagai rutin dan tabiat sebelum, semasa atau selepas bangun daripada tidur.
Kadangkala, ada juga di kalangan masyarakat yang sering berjalan semasa tidur terutama sekali kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun.
Namun adakah anda pernah alami situasi di mana pernah mendengar bunyi mengetap gigi yang kuat ketika waktu malam?
Doktor Perjelas Masalah Ketap Gigi Semasa Tidur
Baru-baru ini, seorang doktor pergigian menerusi akaun TikTok miliknya (@dr.ntshya) telah menjelaskan kepada orang ramai tentang tabiat mengetap gigi.
Menurut Dr Natasha, situasi mengetap gigi tersebut kebiasaannya berlaku ketika seseorang itu sedang tidur atau tidak sedarkan diri.
Untuk info, masalah berkenaan dikenali sebagai ‘ketap gigi’ atau ‘Bruxism’ dalam istilah perubatan.
Jelas doktor itu, individu yang selalu mengetap giginya kadangkala tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah tersebut sehinggalah ditegur oleh orang sekeliling.
Apa Berlaku Jika Tabiat Ketap Gigi Berterusan?
Masalah mengetap gigi tersebut perlulah diberi perhatian kerana ia mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang.
Doktor itu berkata bahawa individu yang berterusan mengetap giginya berisiko untuk membuat permukaan gigi menjadi haus atau pun terhakis.
Permukaan gigi yang haus sekaligus akan menyebabkan anda sering berasa ngilu serta ia mudah retak.
Bukan itu sahaja, tabiat tersebut juga akan mengakibatkan otot di bahagian rahang berasa tidak selesa dan sakit pada keesokan harinya selepas bangun daripada tidur.
Hal tersebut berlaku kerana berlaku pergerakan ‘extra’ pada waktu malam. Jelas Dr Natasha, bahagian gigi manusia sepatutnya tidak mempunyai sebarang pergerakan pada waktu malam kerana ia merupakan masa untuk anggota badan itu berehat.
Cara Mencegah Masalah Ketap Gigi Dalam Golongan Kanak-kanak
Menurut sumber Hello Doktor, masalah mengetap gigi ini sering kali terjadi dalam kalangan kanak-kanak.
Buat ibu bapa yang tidak pasti cara untuk mencegah perkara itu daripada berterusan berlaku, di sini kami kongsikan beberapa tips dan rawatan anda boleh cuba buat si anak kecil.
Antaranya:
- Mengatur rutin tidur harian anak-anak iaitu sebanyak 11 hingga 13 jam semalaman.
- Menghalang anak daripada menonton filem atau video yang tidak sesuai dengan umur mereka.
- Menjalani terapi untuk menangani stres dan kegelisahan.
- Mendapatkan rawatan daripada doktor pergigian atau memakai pelindung mulut (mouth guard).
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Gigi Perjelas Mitos Cuci Gigi Yang Ramai Salah Faham
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Gigi Bongsu Manusia Moden Tak Tumbuh Menegak? Ini Sebabnya!
Baca Artikel Berkaitan: Rawatan ‘Scaling’ Gigi Menerusi Janji Temu Di Aplikasi MySejahtera Harga RM3 Je! Biar Betul?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram