Rawatan ‘Scaling’ Gigi Menerusi Janji Temu Di Aplikasi MySejahtera Harga RM3 Je! Biar Betul?
Tempoh rawatan untuk pemeriksaan gigi serta raawatan scaling di klinik mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja bergantung kepada jumlah pesakit pada hari tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Scaling gigi merupakan salah satu proses rawatan mencuci gigi yang dilakukan dalam menjaga kebersihan mulut.
Prosedur tersebut akan membuang segala karang gigi atau tartar yang mengeras pada permukaan gigi dengan menggunakan alat yang dinamakan sebagai ultrasonic scaler.
Alat ultrasonic scaler itu akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi sehingga bersih di semua lapisan.
Anda Boleh Buat Rawatan Scaling Gigi Dengan RM3 Sahaja Di Klinik Gigi Kerajaan
Apabila sebut tentang rawatan gigi, mesti ramai yang terfikir ia memerlukan kos agak mahal. Sebenarnya, ia bergantung kepada klinik gigi yang anda pergi.
Kepada anda yang mahukan harga lebih murah, seorang pengguna Twitter (@alenawhz) ada berkongsi tips bagaimana anda boleh mendapatkan rawatan scaling gigi dengan kos RM3 sahaja. Murah kan?
Nak tahu macam mana? Senang je. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1. Cara Membuat Janji Temu Untuk Rawatan Scaling Gigi Berharga RM3: Buat ‘Appointment’ Menerusi Aplikasi MySejahtera

Perkara pertama yang anda perlu buat adalah dengan membuat tempahan menerusi aplikasi MySejahtera. Klik pada ikon ‘Appointments’, kemudian cari pilihan ‘Dental Check Up’.
2. Cara Membuat Janji Temu Untuk Rawatan Scaling Gigi Berharga RM3: Masukkan Poskod Untuk Mengetahui Janji Temu Tersedia

Masukkan poskod anda dalam ruangan carian dan janji temu yang tersedia akan terpampang untuk tarikh terdekat. Kalau tiada janji temu yang keluar, mungkin anda boleh menyemak semula dalam tempoh beberapa jam selepasnya.
3. Cara Membuat Janji Temu Untuk Rawatan Scaling Gigi Berharga RM3: Tiba Di Klinik 30 Minit Sebelum Waktu Janji Temu

Apabila anda sudah menempah janji temu, pastikan anda tiba di klinik 30 minit sebelum waktu ‘appointment’ untuk membolehkan anda check-in di kaunter menggunakan aplikasi MySejahtera. Kemudian, anda akan diberi nombor giliran dan perlu membayar RM3.
4. Cara Membuat Janji Temu Untuk Rawatan Scaling Gigi Berharga RM3: Tunggu Sehingga Nombor Giliran Dipanggil

Dalam tempoh 15 minit, nombor giliran anda akan dipanggil. Ketika janji temu ini, anda boleh membuat pemeriksaan gigi secara general serta rawatan scaling gigi. Kesemua proses itu dianggarkan mengambil masa 10 minit sahaja.
5. Cara Membuat Janji Temu Untuk Rawatan Scaling Gigi Berharga RM3: Membuat ‘Review’ Di Laman Web SisPAA

Jika anda berpuas hati dengan servis yang ditawarkan, boleh juga menulis ‘review’ sebagai tanda penghargaan menerusi laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA)
Secara keseluruhannya, kesemua proses ini mengambil masa 30 minit sahaja dari pendaftaran sehingga keluar dari bilik. Namun, tempoh ini bergantung juga kepada jumlah pesakit yang membuat tempahan pada hari tersebut.
Untuk pengetahuan anda, pembayaran di klinik gigi juga sudah boleh menggunakan kad debit ya.
BACA JUGA: Pembayaran ‘Cashless’ Di Semua Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober Ini
Scaling for RM3: Here's how I got it done in 30 minutes using the MySejahtera app! @KKMPutrajaya
— Alena (@alenawhz) June 7, 2023
This is a 🧵✨ pic.twitter.com/lrfgo0K1vb
Kebaikan Membuat Rawatan Scaling Gigi
Seperti mana kita mementingkan kesihatan tubuh badan, gigi juga perlu sentiasa dirawat agar ia tidak mudah membiak dengan sebarang bakteria atau plak.
Rawatan scaling ini bukan sahaja dapat membuang karang gigi, malah ia mempunyai manfaat yang lebih daripada itu. Antara kebaikan scaling gigi adalah:
- Dapat membersihkan partikel makanan yang tidak dapat dicapai menggunakan berus gigi.
- Mengelakkan dari pembentukan karang gigi.
- Menghindari masalah penyakit gusi bengkak dan mudah berdarah.
- Mengelakkan perubahan warna gigi yang disebabkan oleh tartar mengeras pada permukaan gigi.
Bagi memastikan kesihatan gigi terjamin, anda digalakkan membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi menjamin kesihatan oral anda.
BACA JUGA: Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri
BACA JUGA: Doktor Gigi Perjelas Mitos Cuci Gigi Yang Ramai Salah Faham
BACA JUGA: Kenapa Gigi Bongsu Manusia Moden Tak Tumbuh Menegak? Ini Sebabnya!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.