Now Reading
Pembayaran ‘Cashless’ Di Semua Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober Ini

Pembayaran ‘Cashless’ Di Semua Fasiliti KKM Mulai 1 Oktober Ini

Transaksi pembayaran tanpa tunai di klinik dan hospital kerajaan boleh menggunakan kad debit, kad kredit dan e-Wallet.

Bayaran Tanpa Tunai Di Hospital & Klinik Kerajaan Mulai Oktober Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia!

Semua hospital dan klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai mulai 1 Oktober 2022.

Memetik laporan Berita Harian, pembayaran tersebut boleh dibuat menggunakan kad debit, kad kredit dan e-Wallet manakala bayaran secara tunai masih diterima sekiranya tidak mempunyai akses sedemikian.

Dalam satu pekeliling yang dikeluarkan oleh KKM, Ketua Setiausahanya Harjeet Singh memaklumkan pembayaran menggunakan transaksi berkenaan telah ditetapkan menerusi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia Tahun 2021 bagi peringkat Persekutuan dan negeri.

Cara pembayaran ini akan membuatkan urusan lebih cepat, mudah dan selamat. Selain itu, berlaku pengurangan kos dan proses kerja dalam urusan kutipan hasil di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta mengurangkan risiko penularan Covid-19 di kaunter bayaran.

Ketua Setiausaha Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM), Harjeet Singh.

KKM juga menjangkakan sekurang-kurangnya 95% transaksi tanpa tunai di klinik dan hospital kerajaan dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.

BACA JUGA: Hospital Ortopedik ALTY Kini Boleh Didapati Menerusi airasia Super App


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd