Now Reading
Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri

Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri

Scaling gigi merupakan prosedur membuang karang gigi yang mengeras dengan menggunakan alat dinamakan sebagai ultrasonic scaler.

kelebihan scaling gigi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain menjaga kesihatan tubuh badan, gigi juga merupakan anggota yang perlu dijaga dengan rapi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan serta penyakit gusi.

Penjagaan gigi perlu mula dilatih sejak kecil kerana jika tidak, banyak kaviti dan plak akan terkumpul dan mengakibatkan pembentukan bakteria.

Dalam pada itu, gaya hidup seseorang juga boleh menyebabkan gigi mudah rosak. Contohnya mereka yang kerap menggigit ketulan ais dan minum kopi sehingga dua tiga cawan sehari.

BACA JUGA: Kaki Kopi & Teh Stres Gigi Kuning? Ini Cara Untuk Kurangkan Kesan Buruk Kepada Gigi Anda

Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri
Sumber Young Family Dental

Apa Itu Scaling Gigi?

Antara rawatan mencuci gigi yang sering dilakukan oleh orang ramai dalam menjaga kebersihannya adalah dengan membuat scaling.

Scaling gigi merupakan prosedur untuk membuang segala karang gigi atau tartar yang mengeras pada permukaan gigi dengan menggunakan alat yang dinamakan sebagai ultrasonic scaler.

Alat ultrasonic scaler itu akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi sehingga bersih di semua lapisan.

Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri
Sumber: FDC Dental Clinic

Kebaikan Scaling Gigi

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang doktor gigi dikenali sebagai Dr Irma Shida di laman Twitter miliknya (@drirma_ariandi), dia berkongsi beberapa kebaikan menjaga kebersihan gigi dengan cara membuat rawatan scaling.

Menurutnya rawatan scaling ini bukan sahaja dapat membuang karang gigi, malah ia mempunyai manfaat yang lebih daripada itu.

Antara kebaikan scaling gigi adalah:

1. Dapat Membersihkan Partikel Makanan

Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri
Sumber: detikFood

Dengan membuat rawatan scaling, segala kotoran degil dan partikel makanan yang tidak dapat dicapai menggunakan berus gigi dapat dibersihkan dengan lebih mudah sekali gus boleh mengelakkan berlakunya pertumbuhan karang gigi.

Untuk pengetahuan anda, partikel makanan yang berada di dalam mulut akan menyebabkan pengumpulan bakteria.

Kemudian, bakteria tersebut akan menghasilkan sulfur yang menjadi punca kepada masalah mulut berbau.

2. Membersihkan Karang Gigi

Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri
Sumber: Mark Tangri Dental Excellence

Pembentukan karang gigi yang kebiasaannya terjadi sehingga membentuk lapisan plak mengeras di permukaan gigi boleh merengsakan tisu gusi.

Dengan adanya rawatan scaling gigi, masalah karang gigi dapat diatasi dengan mengikis semua kotoran tersebut.

Jangan risau, tak sakit pun!

3. Menghindari Masalah Penyakit Gusi

Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri
Sumber: The Rohani

Masalah pembentukan karang gigi yang ditidak dirawat dan dibiarkan terlalu lama akan menjadi punca kepada penyakit gusi seperti gusi bengkak dan juga mudah berdarah.

Rawatan scaling gigi yang membersihkan karang gigi sekali gus dapat mengelakkan diri anda daripada perlu berdepan dengan masalah penyakit gusi pula.

4. Mengelakkan Perubahan Warna Gigi

Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri
Sumber: RayHaber

Jika anda tidak membuat rawatan scaling dalam setiap tempoh enam bulan, tartar yang mengeras pada permukaan gigi di dalam mulut akan menyebabkan gigi anda cepat rosak dan warnanya juga akan mula bertukar kekuningan.

Apabila karang gigi dibersihkan dengan bantuan rawatan scaling, ia dapat mencegah masalah perubahan warna gigi.

Bagi memastikan kesihatan gigi terjamin, anda digalakkan membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi menjamin kesihatan oral anda.

Klinik gigi akan menjadi lokasi tumpuan sekiranya seseorang mengalami masalah berkaitan gigi atau gusi mereka.

Tetapi ramai pula yang menyalah anggap keadaan gigi mereka selepas dirawat di klinik kerana katanya memberi kesan yang tidak selesa. Sebenarnya keadaan itu berlaku disebabkan kesan pembuangan kotoran pada gigi.

BACA JUGA: Doktor Gigi Perjelas Mitos Cuci Gigi Yang Ramai Salah Faham


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd