Kenapa Gigi Bongsu Manusia Moden Tak Tumbuh Menegak? Ini Sebabnya!
30% sehingga 60% manusia di zaman moden mempunyai gigi berhimpit atau tumbuh membengkok.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Gigi adalah salah satu anggota badan yang perlu dijaga dengan rapi kerana turut menjadi imej penampilan yang akan dilihat apabila berkomunikasi dengan orang ramai.
Berbicara soal gigi, pernah tak dalam kalangan anda yang mengalami sakit ketika gigi bongsu ingin tumbuh? Dia punya tak selesa tu sampai nak makan pun tak berselera sebab rasa seperti ada yang tidak kena di dalam mulut.
Namun, ada sesetengah orang pula mengalami masalah dari segi susunan gigi yang tidak rata sehingga perlu memakai pendakap gigi bagi meratakannya semula.

Susunan Gigi Manusia Moden Berbeza Dengan Nenek Moyang Kerana Gaya Hidup
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang ahli fizik di laman Twitter miliknya (@zamirmohyedin), beliau menceritakan perbezaan pertumbuhan gigi manusia zaman moden dan masyarakat zaman dahulu.
Menurutnya, 30% sehingga 60% manusia di zaman moden mempunyai gigi berhimpit atau tumbuh membengkok.
Kalau anda perasan, kebanyakan gigi bongsu kita akan tumbuh secara melintang dan bukannya menegak. Agak-agak kenapa ya boleh jadi begitu?
Ini kerana manusia moden mempunyai rahang yang lebih kecil berbanding masyarakat yang hidup ketika zaman nenek moyang kita dahulu.
Masyarakat zaman dahulu mempunyai rahang yang lebih besar dan gigi mereka juga tidak berhimpit dan bertindih. Malah, gigi bongsu mereka juga tumbuh secara menegak dan tersusun.

Mesti ada yang terfikir, macam mana boleh berlakunya perbezaan saiz rahang masyarakat moden sekarang dan zaman dahulu?
Faktor utama yang menyebabkan perbezaan tersebut adalah kerana diet pemakanan. Orang zaman dahulu banyak makan makanan yang keras serta liat dan menyebabkan rahang mereka lebih besar.
Sejak manusia mula bercucuk tanam 10,000 tahun lalu, banyak makanan manusia yang sudah lembut dan mudah untuk dikunyah.
Malah, penciptaan alat seperti pengisar dan juga pengetahuan pembenihan terpilih juga menjadikan makanan lebih mudah untuk ditelan.

Kalau orang zaman dahulu, mereka memerlukan kekuatan untuk mengunyah dan menelan segala jenis makanan yang agak keras.
Berbeza dengan masyarakat moden kini yang tidak memerlukan banyak tenaga untuk mengunyah makanan dan menjadi punca kepada pertumbuhan rahang yang kecil.
Pengecilan rahang boleh berlaku dalam keadaan pantas sehingga gigi tidak mempunyai ruang mencukupi untuk tumbuh dengan cantik. Pada masa yang sama, gigi bongsu akan tumbuh secara menyenget.
Ada juga yang tanya, macam mana nenek moyang kita menjaga gigi mereka pada zaman dahulu? Umum sedia maklum, mereka masih tidak mempunyai berus gigi ketika itu.
Walau bagaimanapun, gigi masyarakat zaman dahulu lebih sihat berbanding manusia moden kerana diet pemakanan yang diamalkan.
Kalau anda perasan, makanan sekarang banyak gula dan bahan pemprosesan yang memberikan bantkeri buruk kepada kesihatan gigi.
Sekitar 30-60% manusia yang mempunyai gigi berhimpit (crooked/crowded). Gigi macam ini hanya terjadi pada manusia moden.
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 7, 2023
Gigi bongsu (wisdom teeth) manusia moden juga tak tumbuh menegak. Kenapa manusia moden ada gigi macam ini?#UntaianZM pic.twitter.com/U094RbiSse
Tips Untuk Elak Gigi Menjadi Kuning Akibat Terlalu Banyak Minum Kopi Dan Teh
Pengambilan minuman kopi dan teh yang berlebihan bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan, bahkan juga kepada gigi seseorang.
Kalau anda perasan, penggemar kopi dan teh akan mengalami gigi berwarna kuning dan lebih sensitif.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh mengurangkan kesan buruk terhadap gigi anda. Antaranya:
- Minum menggunakan penyedut minuman (straw).
- Elak minuman yang terlalu panas.
- Kumur mulut menggunakan air putih.
- Jangan terus memberus gigi selepas minum kopi atau teh.
- Susu dalam teh atau teh boleh mengurangkan kesan sisa minuman dari melekat di atas permukaan gigi.
- Menghabiskan minuman dalam tempoh yang lebih cepat.
- Rajin memberus dan floss gigi.
BACA JUGA: Kaki Kopi & Teh Stres Gigi Kuning? Ini Cara Untuk Kurangkan Kesan Buruk Kepada Gigi Anda
BACA JUGA: Doktor Gigi Perjelas Mitos Cuci Gigi Yang Ramai Salah Faham
BACA JUGA: Doktor Kongsi 4 Kebaikan Scaling Gigi Untuk Kesihatan Diri
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.