Kaki Kopi & Teh Stres Gigi Kuning? Ini Cara Untuk Kurangkan Kesan Buruk Kepada Gigi Anda
Kalau anda praktik kesemua tips ini, bukanlah bermakna tak akan ada kesan langsung kepada gigi – tapi ianya akan berkurangan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Zaman sekarang ini, kopi bukan lagi sejenis minuman untuk menghilangkan haus atau mengelakkan rasa mengantuk. Ini dapat dilihat apabila ia sudahpun secara perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada produk gaya hidup yang dijadikan ‘rutin’.
Mana tidaknya, hari-hari akan ambil 2 – 3 cawan kopi.
OTW pergi ofis, selepas makan tengahari dan juga minum petang.
Itupun kalau lepas habis waktu bekerja, ada juga yang ajak rakan-rakan lain ‘mengopi’. Itu sudah masuk waktu malam, tapi berani betul minum kopi.
Pendek kata, minum kopi ini dah jadi ‘lifestyle’ segelintir individu.
Kesan buruk minum kopi/teh secara berlebihan.
Mungkin ramai yang lupa bahawa kopi mengandungi kafein dan kesan inilah yang boleh membuatkan anda kurang rasa mengantuk dan kadangkala akan rasa berdebar-debar. Dan, jika diambil secara berlebihan akan memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan anda.
Contohnya:
- Sering sakit perut.
- Mudah cemas.
- Jantung berdegup kencang.
- Sukar tidur.
- Sakit kepala.
Kesimpulannya, minum apabila perlu sahaja. Bukan setiap kali melepak, kopi menjadi ‘sasaran’.
Gigi akan jadi kuning dan sensitif.
Kesan buruk yang akan diterima oleh individu yang mengambil kopi secara berlebihan bukanlah sekadar kepada kesihatan, bahkan juga kepada gigi.
Kalau anda perasan, penggemar kopi dan teh akan mengalami gigi berwarna kuning dan ekstra sensitif.
Oleh itu, seorang pengguna Twitter (norulmadihahh) telah berkongsi beberapa tips berguna untuk mengurangkan kesan buruk kopi dan teh kepada gigi.
1. Minum guna straw.
1) Minum guna straw & elakkan minum terus dari cawan/gelas.
— Madihah (@norulmadihahh) February 21, 2022
Tujuannya, kita nak elakkan minuman dituju direct kepada gigi, terutamanya gigi depan. Lebih banyak terdedah, lebih senang melekat warnanya.
2. Elak minuman yang terlalu panas.
2) Elakkan minuman yang terlalu panas. Tunggu sejuk sikit dulu.
— Madihah (@norulmadihahh) February 21, 2022
Suhu yang terlalu tinggi boleh beri kesan buruk kepada struktur dalaman gigi —> lebih mudah bertukar warna.
3. Kumur mulut dengan air putih.
3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi/teh.
— Madihah (@norulmadihahh) February 21, 2022
Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat di permukaan gigi. pic.twitter.com/aBu20S6fIv
4. Jangan terus berus gigi lepas minum kopi/teh.
4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi/teh. Tunggu 30 minit – 1 jam dulu.
— Madihah (@norulmadihahh) February 21, 2022
Kedua-dua minuman ni berasid, dan memberus sebaik selepas minum, boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut —> struktur gigi jadi lebih lemah.
5. ‘Latte’ lagi baik dari ‘Americano’.
5) ‘Latte’ lebih baik dari ‘americano’!
— Madihah (@norulmadihahh) February 21, 2022
Secara ringkas, susu dalam kopi/teh boleh bantu mengurangkan kesan sisa minuman dari melekat di atas permukaan gigi. pic.twitter.com/Ygx3BDGNI0
6. Minum one-shot lebih baik. Tapi janganlah sampai tersedak.
6) Minum dalam one-shot lebih baik dari minum sikit demi sikit.
— Madihah (@norulmadihahh) February 21, 2022
Bukan lah habiskan dalam seteguk, nanti tersedak pula.
Point dia di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk dapat kesan buruk.
7. Rajin berus dan floss gigi.
7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus & floss gigi.
— Madihah (@norulmadihahh) February 21, 2022
Kebersihan yang tak memuaskan (terutamanya karang gigi) akan buat warna kekuningan lebih senang melekat. pic.twitter.com/nx3dEVmfo7
Nota: Kalau anda praktik kesemua tips di atas, bukanlah bermakna tak akan ada kesan langsung kepada gigi – tapi ianya akan berkurangan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.