“Baru Bangun Tidur Dah Penat” – Doktor Beri Penjelasan Tentang ‘Sleep Debt’
‘Sleep Debt’ berlaku apabila seseorang tidak cukup tidur dalam dalam tempoh yang lama dan menyebabkan badan mereka mudah letih.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Siapa je yang tak suka tidur, betul tak? Boleh dikatakan hampir semua orang menggemari aktiviti itu. Kalau dapat tidur satu hari memang seronok.
Bukan sahaja perlu makan makanan berkhasiat, tidur yang mencukupi juga penting bagi memastikan kesihatan tubuh badan.
Secara amnya, orang dewasa digalakkan untuk tidur lapan jam sehari bagi mendapatkan rehat yang secukupnya.
Namun disebabkan kerja dan rutin harian yang sibuk, sesetengah individu tidak dapat tidur dalam tempoh sepatutnya.
Isteri selalu mengadu penat
Menerusi tweet yang dimuat naik oleh seorang doktor di laman Twitter @DrRedzaZainol, dia berkongsi kisah apabila isterinya sering mengadu penat walaupun baru awal pagi.
Bukan sekali isterinya mengadu penat, boleh dikatakan beberapa kali jugalah dalam satu hari tu.

Bila dilihat balik rutin harian isterinya, barulah dia faham kenapa wanita itu sering mengadu penat.
Baru dia tersedar yang isterinya hanya tidur lima jam sahaja sehari.

Sleep debt
Keadaan isterinya yang dilihat selalu penat itu dikaitkan dengan masalah ‘Sleep Debt’.
‘Sleep Debt‘ berlaku apabila seseorang tidak cukup tidur dalam dalam tempoh yang lama dan mengakibatkan badan seseorang mudah letih.
Individu yang ada masalah ini akan menyebabkan mereka mempunyai hormon kortisol iaitu hormon stress yang tinggi.
Hati-hati dengan orang yang ada hormon kortisol tinggi kerana mereka akan mudah marah dan murung.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh berdepan beberapa risiko lain.

Kajian mendapati bahawa individu dewasa memerlukan tidur 7.1 jam untuk kembali bertenaga pada esok hari. Tapi, tak semua orang berpeluang untuk mendapatkan tidur secukupnya.

Sebagai contoh, sesetengah isteri terpaksa bangun seawal 4.30 pagi bagi menyelesaikan kerja rumah sebelum bergerak ke tempat kerja.
Balik kerja pula, kena uruskan anak-anak dan suami.

Jangan ambil mudah dengan ‘Sleep Debt’
Kajian pada tahun 2016 mendapati masalah ini boleh ditangani dengan cara mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya empat hari.

Para suami di luar sana, jika isteri tidur lama waktu hujung minggu, berkemungkinan mereka sedang mengalami ‘Sleep Debt’ yang banyak.

Tugas sebagai seorang isteri bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak pengorbanan mereka yang kita tak nampak.
Jadi, berilah peluang juga kepada para isteri untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.
Happy wife, happy family.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.