Makan Panadol Boleh Rosakkan Buah Pinggang, Fakta Atau Auta? Ini Penjelasan Doktor
Penting untuk anda memastikan berapa banyak dos Panadol diambil untuk mengelak penyakit yang berbahaya atau ‘overdose’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali sakit atau rasa tidak sedap badan, pasti anda terfikir untuk makan ubat Panadol sebab ianya mudah didapati di farmasi-farmasi berhampiran.
Walaupun ubat ini agak terkenal, tetapi terdapat juga sesetengah pesakit yang risau dan mengelak untuk mengambil ubat tersebut kerana berpendapat Panadol ini mampu merosakkan organ dalaman manusia seperti hati dan buah pinggang.
Persoalannya adakah kenyataan itu fakta atau auta?
Dr Samhan Terangkan Ubat Panadol Selamat Atau Tidak
Menerusi bebenang yang dimuat naik oleh Dr Samhan di laman X (Twitter @DoktorSamhan), doktor kesihatan ini berkongsi beberapa ilmu dan fakta tentang ubat tersebut kepada orang ramai.
Dr Samhan berasa ilmu tentang Panadol ini adalah penting untuk diketahui oleh semua pihak bagi membanteras stigma bahaya mengambil ubat Panadol untuk tubuh badan.
Secara umumnya, ubat Panadol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) bagi kanak-kanak, ibu mengandung atau ibu menyusu serta warga emas.
Untuk pengetahuan semua, Dr Samhan menjelaskan bahawa ubat Panadol adalah selamat untuk diambil bagi semua golongan umur. Walau bagaimanapun, ia mampu memberi komplikasi atau kesan sampingan jika dos ubat yang diambil berlebihan dan tidak sesuai dengan badan seseorang itu.
Jumlah Dos Ubat Panadol Yang Sesuai Untuk Setiap Golongan Umur
1. Orang Dewasa.
- Panadol yang disarankan oleh golongan ini adalah sebanyak 2 biji sekali (500 mg) setiap enam hingga ke lapan jam.
- Jumlah pengambilan dos maksimum dalam masa sehari adalah 4g.
2. Kanak-kanak.
- Sirap Paracetamol: Perlu diambil sebanyak 15mg per kg berat badan dalam waktu enam ke lapan jam. Had maksimum pengambilan ubat ini dalam sehari adalah sebanyak tiga ke empat kali sahaja.
- Ubat Peluru (Suppositories): Diambil sejumlah 30mg per kg berat badan setiap enam jam sekali. Had maksimum pengambilan ubat berkenaan adalah 5g sehari.
Jumlah Dos Yang Mampu Menyebabkan Kerosakan Hati
Penerangan di atas menunjukkan betapa pentingnya untuk anda mengenal pasti dan alert tentang jumlah dos dalam ubat Panadol yang diambil.
Berikut kami senaraikan jumlah minimum dos yang mampu merosakkan organ dalaman seperti hati.
- Dewasa: 7.5 hingga 10 g (kira-kira 20 biji) dalam sekali pengambilan ubat.
- Kanak-kanak umur 1 hingga 6 tahun: 200mg per kg berat badan dalam sekali pengambilan ubat.
Kesimpulan yang boleh diambil daripada penjelasan doktor ini adalah penting untuk kita memastikan berapa banyak dos ubat diambil untuk mengelakkan diri kita menghidap penyakit yang berbahaya atau ‘overdose’.
Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak percaya dan menyebarkan sebarang jenis mitos kepada orang ramai jika tidak pasti kesahihannya.
Jenama Paracetamol Lain Yang Anda Boleh Cuba Selain Panadol
Kadangkala bekalan stok ubat Panadol di kedai runcit atau farmasi sering habis kerana permintaanya yang tinggi lebih-lebih lagi pada musim Covid-19 terdahulu.
Jika situasi seperti ini berlaku lagi, anda juga boleh dapatkan jenama ubat Paracetamol lain di kedai berhampiran. Antaranya:
1. Paracil 500mg
2. Â Uphamol 500mg dan 650mg
3. Paracap 500mg
Selepas ni jangan percaya mitos-mitos pelik okay?
Baca Artikel Berkaitan: Panadol Habis Stok? Ini 3 Jenis Parasetamol Lain Yang Anda Boleh Cuba
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan
Baca Artikel Berkaitan: Simpan Ubat Demam Paracetamol Terlalu Lama Dalam Peti Sejuk Undang Bahaya
Sumber: X (Twitter) @DoktorSamhan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.