Now Reading
Panadol Habis Stok? Ini 3 Jenis Parasetamol Lain Yang Anda Boleh Cuba

Panadol Habis Stok? Ini 3 Jenis Parasetamol Lain Yang Anda Boleh Cuba

Ada banyak jenis ubat parasetamol selain Panadol dijual di farmasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, bekalan stok parasetamol dilihat semakin berkurang di beberapa kedai serbaneka dan farmasi di seluruh negara.

Parasetamol terutamanya jenama terkenal Panadol yang sering digunakan untuk melegakan demam dan juga sakit kepala dilaporkan agak sukar untuk didapati buat masa sekarang.

Kekurangan bekalan stok ubat berkenaan dijangkakan kerana peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Ramai juga warganet yang meluahkan perasaan kurang senang apabila ubat tersebut semakin sukar untuk ditemui.

Boleh cuba selain Panadol

Disebabkan bekalan Panadol semakin sukar ditemui, seorang pekerja farmasi berkongsi melalui video Tiktok (ainulsyazwan99) tentang beberapa jenama parasetamol lain yang boleh dibeli menggantikan Panadol.

Sebenarnya ada banyak lagi jenama parasetamol selain Pandol. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Paracil 500mg

Sumber: Shopee Malaysia

Jenis parasetamol ini boleh digunakan untuk melegakan demam dan juga kesakitan lain.

Cara pengambilannya adalah dengan makan satu atau dua biji dalam tempoh empat hingga enam jam dalam sehari apabila diperlukan sahaja.

2. Uphamol 500mg dan 650mg

Uphamol adalah jenis parasetamol yang mempunyai dua jenis variasi iaitu 500mg dan 650mg.

Ubat ini boleh digunakan untuk melegakan kesakitan disebabkan oleh demam, selesema, sakit gigi, sakit kepala dan sebagainya.

Pengambilan dos ubat ini bergantung kepada kesakitan anda. Namun bagi kanak-kanak di antara enam hingga 12 tahun, maksimum dos yang boleh diambil adalah 500mg.

3. Paracap 500mg

Sumber: Shopee Malaysia

Jenis parasetamol ini juga sering digunakan untuk melegakan demam dan juga kesakitan.


Kesemua jenis ubat ini adalah parasetamol bagi mampu melegakan kesakitan. Yang membezakan setiap produk tersebut mungkin dari segi kandungan acetaminophen.

Kalau demam atau kesakitan anda masih belum sembuh, cepat-cepat dapatkan parasetamol di famasi. Jika semakin berlarutan, segera berjumpa doktor di klinik okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd