Now Reading
Bayi Sering Terkejut? Ini Info Penting Tentang Refleks Moro Untuk Bayi Baru Lahir

Bayi Sering Terkejut? Ini Info Penting Tentang Refleks Moro Untuk Bayi Baru Lahir

Menurut doktor kecemasan dan trauma, Dr Wanie Azeera, bayi normal akan memiliki Refleks Moro yang akan hilang sekitar usia dua bulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu bapa yang baru menyambut kelahiran bayi kesayangan pasti biasa dengar tentang Refleks Moro kan?

Bayi wajib diperiksa untuk sistem refleks ini. Malah, refleks ini juga ada tertera dalam buku merah jambu bayi di bahagian semakan sistem neurologi bayi.

Namun begitu, mungkin ramai juga ibu bapa yang tidak mengetahui kepentingan Refleks Moro. Ia merupakan satu refleks perlindungan secara tidak sengaja yang berlaku apabila bayi merasa seperti akan terjatuh atau terkejut.


Bayi Normal Ada Refleks Moro

Seorang doktor kecemasan dan trauma, Dr Wanie Azeera, telah menjelaskan tentang refleks ini di akaun TikTok miliknya.

Video dimuat naik olehnya menunjukkan seorang doktor yang dengan sengaja menyebabkan bayi terkejut sehingga menangis.

Dr Wanie menerangkan Refleks Moro merupakan salah satu perkara yang penting diperiksa setelah bayi baru dilahirkan.

Katanya, bayi yang normal pasti akan memiliki refleks ini dan akan hilang sekitar usia dua bulan.

Bagi bayi pramatang, refleks ini agak lemah dan akan lebih lambat hilang. Ini kerana mereka mempunyai nada otot lebih lemah dan pergerakan tangan yang perlahan berbanding bayi kelahiran biasa.

Sumber gambar: Unsplash

Banyak Refleks Lain Selain Moro Dalam Bayi Baru Lahir

Selain daripada Moro, Dr Wanie juga memperkenalkan beberapa refleks lain yang ada pada bayi iaitu menoleh (rooting), menghisap (sucking), menggenggam (grasping), memijak (stepping) dan tonik leher (tonic neck).

Dr Wanie berkata ketiadaan Refleks Moro pada bayi adalah disebabkan oleh masalah kesihatan.

Antara puncanya adalah kecederaan sewaktu kelahiran, masalah kecacatan pada otak, jangkitan kuman, pendarahan di dalam otak atau kelemahan otot umum.

Sumber gambar: Unsplash

Refleks Moro Indikasi Kepada Masalah Kesihatan

Bayi yang tidak mempunyai Refleks Moro adalah tidak normal dan mungkin mengalami kecederaan pada bahagian otak atau saraf tunjang.

Bagaimana pula jika Refleks Moro bayi hanya terdapat pada sebelah badannya sahaja?

Menurut Dr Wanie, ia disebabkan oleh kecederaan pada saraf bayi seperti kes Erb’s Palsy yang terjadi kerana kecederaan sewaktu menyambut kelahiran bayi.

Simptom Erb’s Palsy dalam bayi baru lahir. (Sumber: Birth Injury Center)

Sebaliknya, jika Refleks Moro tidak hilang selepas enam bulan, bayi mungkin menghidap masalah Palsi Serebrum.

Di samping itu, tindak balas hiperaktif (hyperactive response) pada bayi pula disebabkan oleh Neonatal Withdrawal Syndrome (NOWS). Perkara ini berlaku kerana ibu merupakan seorang penagih dadah sewaktu tempoh mengandungkan bayi.

@wanieazeera

Moro Reflex adalah normal untuk bayi yang baru lahir

♬ original sound – WanieAzeera – WanieAzeera

Bedung Elak Bayi Mudah Terkejut

Sebagai info, bayi yang sedang tidur boleh mengalami Refleks Moro apabila dikejutkan dengan bunyi yang kuat, perubahan cahaya atau rangsangan lain.

Untuk mengelakkan bayi daripada mudah terkejut sewaktu tidur, ibu bapa digalakkan agar membedung bayi mereka. Gunakan kain yang besar dan nipis untuk keselesaan bayi.

Medical News Today juga menyenaraikan beberapa perkara lain yang boleh dilakukan seperti:

  • Meletakkan tangan dan kaki bayi yang diregang keluar berhampiran badannya.
  • Dakap bayi sehingga mereka tenang.
  • Tahan kepala dan leher bayi apabila mengangkat mereka.
Sumber gambar: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd