First Time Jadi Ibu Bapa? Ini 6 Kondisi ‘Aneh’ Pada Bayi Baru Lahir Yang Sebenarnya Normal
Antara kondisi yang kelihatan aneh tetapi dianggap normal bagi bayi yang baru lahir adalah seperti penghasilan najis berwarna hitam dan kepala bersisik.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Perjalanan untuk bergelar ibu bapa pastinya satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dari mana-mana dan perlu dilalui sendiri oleh setiap individu.
Pengalaman menimang cahaya mata sulung bukan sahaja satu perkara berharga kepada wanita bergelar ibu, malah para suami juga telah ‘naik pangkat’ menjadi seorang ayah.
Sebagai ibu bapa, kedua-dua pihak perlu berkerjasama dalam menimba ilmu untuk menjaga cahaya mata mereka sebaik mungkin.
Kondisi ‘Aneh’ Pada Bayi Baru Lahir Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter (@ezzahnor), wanita ini yang baru sahaja melahirkan anak berkongsi pengalamannya ketika menguruskan bayi.
Difahamkan, terrdapat beberapa kondisi yang tidak disangka berlaku sepanjang dia menjaga bayinya itu.
Mungkin agak aneh dilihat, tetapi sebenarnya ia normal sahaja. Antara kondisi tersebut adalah seperti:
#1. Kondisi Bayi Baru Lahir: Darah Pada Lampin

Bagi bayi perempuan, darah yang terdapat pada lampin ini boleh berlaku disebabkan oleh kesan sampingan daripada hormon di dalam rahim.
Darah itu kelihatan seperti darah haid disebabkan oleh pengeluaran hormon estrogen selepas dilahirkan.
Bayi lelaki juga boleh berlaku situasi sama tetapi melibatkan punca yang berbeza iaitu kerana pergerakan usus yang kasar sehingga mengakibatkan luka pada dubur.
Bayi yang baru disunat juga atau ruam pada lampin juga berkemungkinan menjadi punca kepada pendarahan pada lampin.
#2. Kondisi Bayi Baru Lahir: Penutup Buaian (Cradle Cap)

Bayi yang mempunyai penutup buaian atau juga dipanggil ‘Cradle Cap‘ pada bahagian kepala dikatakan agak susah untuk ditanggalkan.
Keadaan ‘Cradle Cap’ ini kelihatan seperti tompok bersisik, berkerak atau berminyak pada kepala bayi.
Tetapi jangan risau, ‘Cradle Cap’ ini tidak menyakitkan atau menggatalkan kulit kepala. Cuma ia kelihatan kurang bersih.
#3. Kondisi Bayi Baru Lahir: Bintik Putih

Tompokan putih halus yang kebiasaannya muncul sekitar hidung dan mata pada bayi baru lahir juga dikenali sebagai milia.
50% bayi mengalami mempunyai milia pada bahagian muka dan akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh empat minggu.
#4. Kondisi Bayi Baru Lahir: Tompok Mongolia

Tompok yang kelihatan seperti lebam pada badan bayi sebenarnya adalah tanda lahir yang juga dikenali sebagai ‘Congenital Dermal Melanocytosis‘ atau disebut sebagai tompok Mongolia.
Kebiasaannya, ia muncul sekitar belakang badan, punggung atau bahu bayi.
#5. Kondisi Bayi Baru Lahir: Badan Berbulu

Bulu halus atau Lanugo ini wujud untuk mengekalkan suhu badan bayi ketika di dalam rahim sebelum adanya lemak badan.
Bulu-bulu tersebut akan mula gugur pada sekitar minggu terakhir mengandung. Jadi, bulu yang anda lihat pada badan adalah saki-baki yang masih melekat dan akan gugur dalam tempoh beberapa minggu.
#6. Kondisi Bayi Baru Lahir: Najis Berwarna Hitam

Najis bayi yang berwarna hitam dipanggil sebagai ‘Meconium‘ dan terhasil daripada bahan yang dimakan ketika berada di dalam rahim seperti sel kulit, mukus dan cecair amnion.
Keadaan ini biasanya berlaku apabila bayi membuang air besar buat pertama kali dalam tempoh 48 jam selepas tempoh dilahirkan.
Setiap bayi mempunyai pelbagai ragam dan keadaan yang berbeza. Mungkin ada ibu bapa di luar sana yang pernah melalui pengalaman sama dan mahu berkongsi perjalanan anda pula.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjaga si kecil dengan lebih mudah, lebih-lebih lagi kepada mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa. Good luck!
Artikel Berkaitan: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu
Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam
Artikel Berkaitan: 7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah
Sumber: Twitter @EzzahNor
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.