Now Reading
7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah

7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah

Selain menjaga dari segi fizikal, emosi para ibu selepas bersalin juga penting untuk diambil perhatian kerana sesetengah daripada mereka akan mengalami Postpartum Depression.

7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengalaman menimang cahaya mata sulung bukan sahaja satu pengalaman berharga kepada wanita bergelar ibu, malah para suami juga telah ‘naik pangkat’ menjadi seorang ayah.

Tak dapat dibayangkan betapa gembiranya perasaan pasangan suami isteri apabila mereka kini bergelar ibu bapa kepada anak-anak.

Umum sedia maklum, para ibu menggalas tanggungjawab yang besar seperti perlu menyusu bayi mereka setiap tiga jam dan mengepam susu keluar dari badan.

Pakar kesihatan berpendapat bahawa seorang ibu perlu memberikan susu awal kepada anaknya (susu kolustrum) sehingga berusia dua tahun kerana mempunyai khasiat yang diperlukan oleh bayi.

BACA JUGA: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan

Bagaimana pula dengan tugas seorang ayah? Apa yang perlu mereka lakukan?


Nasihat Untuk Para Lelaki Yang Baru Bergelar Ayah Untuk Pertama Kali

Menerusi ciapan yang dimuat naik, seorang pengguna Twitter (@AkeemSharyzal) mengajukan soalan terbuka dan meminta nasihat kepada netizen tentang apa yang perlu dilakukan sebagai ayah dan suami selepas isteri bersalin.

Boleh tahan banyak juga jawapan yang dikongsikan oleh netizen. Antaranya:

1. Tips Pertama Kali Jadi Ayah: Sedia Bantu Isteri Pada Tengah Malam

Kebiasaannya, bayi yang masih kecil akan banyak terjaga pada waktu malam dan para ibu juga akan bangun untuk menyusu anak mereka.

Bila si ibu berjaga pada tengah malam, ayah jangan pula sedap berdengkur. Bangun dan bantu isteri. Paling-paling pun teman mereka berjaga ketika menyusu.

Nak dapat pahala lebih lagi, boleh tolong tukarkan lampin bayi, urut belakang badan isteri ketika dia sedang menyusu.

2. Tips Pertama Kali Jadi Ayah: Jaga Emosi Isteri

Selain menjaga dari segi fizikal, emosi isteri juga penting untuk diambil perhatian kerana sesetengah ibu akan mengalami Postpartum Depression atau juga disebut sebagai ‘Baby Blues’ selepas melahirkan anak.

Percayalah, emosi para ibu selepas bersalin boleh diibarat seperti ‘roller coaster’ ya.

3. Tips Pertama Kali Jadi Ayah: Sentiasa Bersabar

Sebagai seorang lelaki, sikap bersabar itu memang kunci paling utama untuk anda yang bergelar ayah.

Isteri pada saat dia baru sahaja bersalin dan sedang berpantang, emosi mereka tidak begitu stabil. Ditambah pula perlu kerap menyusu dan mengepam susu badan. Jadi, ia akan membuatkan para ibu mudah letih.

Bila isteri minta tolong buat apa-apa walaupun benda remeh, bantu sahaja mereka. Kalau dengar anak merengek pukul dua tiga pagi, banyakkan bersabar untuk bangun dan menjaga cahaya mata anda walaupun agak mamai kerana mengantuk.

Tidak dinafikan, tanggungjawab menjaga anak ini memang agak mencabar lebih-lebih lagi ketika mereka masih kecil. Jadi, banyakkan bersabar ya.

4. Tips Pertama Kali Jadi Ayah: Mengambil Confinement Lady (CL) Untuk Bantu Isteri Berpantang

Proses berpantang bagi ibu selepas bersalin sangat dititikberatkan bagi menjaga semula fizikal tubuh badan selepas melahirkan anak.

Sekiranya tidak dijaga dengan baik, bimbang jika luka bersalin tidak pulih dan menjadi semakin teruk.

Untuk wanita berpantang, mereka perlu menjaga pemakanan dengan meningkatkan pengambilan hidangan sayur-sayuran, protein, mineral dan vitamin.

Bagi memudahkan urusan para ibu untuk berpantang, ayah-ayah di luar sana boleh menempah pakej Confinement Lady (CL) bagi membantu para ibu berpantang selama 40 hingga 55 hari.

5. Tips Pertama Kali Jadi Ayah: Ambil Tahu Tentang Pengurusan Menjaga Bayi Dan Isteri Selepas Bersalin

Buat para ayah yang baru pertama kali menggalas tanggungjawab ini, ilmu adalah sangat penting bagi menjaga bayi anda.

Kalau boleh sebelum isteri bersalin, sertai mana-mana kelas yang mengajar tentang pengurusan bayi dan cara menjaga isteri ketika berpantang. Penting ya untuk tahu perkara sedemikian.

Nak belajar menerusi YouTube atau bahan bacaan pun tiada masalah.

6. Tips Pertama Kali Jadi Ayah: Mempunyai Simpanan Kewangan Yang Mencukupi

Membesarkan anak-anak ketika mereka masih bayi memang memerlukan simpanan kewangan yang sangat besar. Nak beli susu, lampin, alat kelengkapan pakaian, tilam bayi dan sebagainya.

Susu pula bukannya murah, mahal ya. Lampin pakai buang pun sama.

Jadi siap sedialah dari segi kewangan secukupnya bagi memastikan anak-anak anda membesar dengan baik dan sihat.

7. Tips Pertama Kali Jadi Ayah: Teman Isteri Ketika Bersalin

Saat paling getir adalah ketika isteri ingin melahirkan anak. Bermula dari saat sakit contraction, para suami memang sangat perlu untuk menemani isteri mereka.

Berilah sokongan moral yang sewajarnya kepada isteri untuk kuat semangat ketika melahirkan. Urut badan mereka dan berikan pelukan sebagai tanda anda ada untuk mereka.

Kepada para ayah yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, good luck! Memang agak mencabar pada awalnya, tetapi pengalaman itu yang akan mematangkan anda pada masa akan datang.

BACA JUGA: Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa

BACA JUGA: Ibu Bapa Boleh Mohon Subsidi ‘Carseat’ Anak Mulai Mac 2022

BACA JUGA: 3 Nasihat ‘Mitos’ Yang Buat Ramai Ibu Muda Terpengaruh. #3 Paling Bahaya!

BACA JUGA: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd