Now Reading
Peniaga Ayam Di Terengganu Terjumpa Bayi Atas Lantai Yang Masih Bertali Pusat

Peniaga Ayam Di Terengganu Terjumpa Bayi Atas Lantai Yang Masih Bertali Pusat

Bayi tersebut ditemui dalam keadaan masih bernyawa dengan tali pusat yang menganggarkan usia bayi antara tiga hingga empat hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kita sering kali dikejutkan dengan berita pembuangan bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di tepi jalan, di dalam tong sampah, malah di dalam longkang.

Semalam (6 Julai), seorang bayi perempuan yang baru lahir telah ditemukan oleh seorang peniaga ayam di premis perniagaannya yang terletak di Jabur Kubur, Air Putih, Chukai, di Kemaman, Terengganu.

Bayi perempuan itu yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas lantai premis sebelum ditemui pada jam 7.50 pagi, lapor Kosmo.

Menurut peniaga Mohd. Yusrizal Azlan, dia baru sahaja mahu memulakan perniagaan dan menemukan bayi itu sewaktu ingin menurunkan bekalan ayam dari lori.

Sewaktu mahu menurunkan bekalan ayam dari lori, saya ternampak objek pelik di atas lantai kedai saya. Terkejut saya mendapati rupa-rupanya objek itu merupakan bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat.

Peniaga, Mohd. Yusrizal Azlan.

Bayi ditemui dalam keadaan masih bernyawa dan tanpa seutas pakaian. Badannya telah dikerumuni semut dan bayi sedang menggigil kesejukan.

Mohd. Yusrizal segera menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan penemuan bayi tersebut.


Polis Kesan Suspek Buang Bayi

Sejurus itu, sebuah sidang media telah diadakan di Balai Polis Air Putih di Chukai. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, keadaan tali pusat membolehkan usia bayi dianggar antara tiga hingga empat hari.

Pihak polis juga telah meminta klinik kesihatan berhampiran untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa jika ada menerima lawatan daripada individu yang baru melahirkan anak.

Bayi berada dalam keadaan sihat dan kita sedang giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit. Kita sudah maklumkan kepada semua klinik kesihatan awam dan swasta jika ada menerima pesakit yang baru melahirkan bayi untuk memaklumkan perkara berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi. Suspek akan berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Statistik Pembuangan Bayi Menunjukkan Peningkatan

Berdasarkan statistik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pembuangan bayi menunjukkan peningkatan antara tahun 2014 hingga 2018, dengan kes tertinggi di negeri Selangor.

Sumber gambar: Harian Metro

Statistik terbaru PDRM mendapati terdapat sebanyak 256 kes pembuangan bayi yang direkodkan pada tahun 2020 hingga 2022.

Pembuangan bayi rata-rata dilakukan di kawasan rumah, diikuti dengan di tempat pembuangan sampah, serta loji, longkang dan kumbahan.

Statistik pembuangan bayi berdasarkan lokasi bagi tahun 2018-2021.
(Sumber gambar: Malaysia Bersuara)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd