Now Reading
Apa Kaitan Stres Dengan Saiz Janin? Ini Fakta Para Ibu Perlu Tahu

Apa Kaitan Stres Dengan Saiz Janin? Ini Fakta Para Ibu Perlu Tahu

Dr Muhamad Hazwan menjelaskan bahawa stres dihidapi oleh para ibu mempunyai hubungan secara langsung dengan situasi saiz kandungan janin yang kecil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Fasa kehamilan bukanlah satu proses yang mudah untuk dilalui para ibu. Hal ini kerana pelbagai komplikasi yang boleh dialami sepanjang menjaga kandungan selama sembilan bulan itu.

Seperti baru-baru ini, influencer Aisyah Hijanah menerusi hantaran di Instagram Story telah memaklumkan bahawa kandungannya yang berusia lima bulan mempunyai saiz agak kecil daripada umur sepatutnya.

Menurut Aisyah, hal itu berkemungkinan terjadi atas beberapa faktor seperti saiz badannya yang kecil, stres atau kurang selera makan.

Baca Artikel Berkaitan: Saiz Anak Dalam Kandungan Kecil, Aisyah Hijanah Minta Orang Ramai Doakan

Sumber: Instagram (@aisyahhijanah)

Doktor Ini Perjelas Apa Kaitan Stres & Saiz Janin Dalam Kandungan

Hantaran Aisyah itu bagaimanapun telah menarik perhatian seorang doktor kesihatan, Dr Muhamad Hazwan bagi mengulas lanjut tentang isu berkenaan.

Menerusi akaun TikTok miliknya (@drwanshare), dia berkata bahawa kenyataan di mana saiz kandungan janin boleh menjadi kecil akibat mengalami stres adalah benar.

Jelasnya, situasi itu berlaku kerana mak dan anak dalam kandungan mempunyai kaitan secara langsung melalui pengedaran darah di bahagian uri.

Kata doktor tersebut, uri menghubungkan ikatan antara darah ibu (maternal circulation) dan darah anak (fetal circulation).

Nutrisi dalam kandungan darah si ibu akan berkurangan sekiranya dia tidak mendapatkan sumber makanan yang mencukupi akibat hilang selera makan, stres, muntah dan sebagainya.

“Bila dia tak makan, macam mana nutrisi nak ada dalam darah mak?” ujarnya.

Oleh disebabkan itu, jumlah kandungan nutrisi ibu yang kurang itu akan mengakibatkan si anak tidak mendapat zat mencukupi sehingga menyebabkan proses tumbesaran terbantut.

Bukan itu sahaja, kandungan nutrisi yang tidak mencukupi itu juga akan mengakibatkan kontraksi perut di rahim ibu serta degupan jantung bayi tidak normal.

“Kalau mental isteri tidak terjaga, bayi dalam kandungan akan terkesan,” ulas doktor berkenaan.

Malah, stres berterusan juga bakal mendorong masalah berat badan bayi yang tidak sempurna selepas dilahirkan.

Untuk info, berat normal buat seorang bayi yang baru dilahirkan adalah sekitar 3.6 kilogram.

@drwanshare

Ibu hamil kena jaga baik2, emosinya dan fizikalnya… Sebabnya, ia direct kesan kepada perkembangan tumbesaran anak dalam kandungan… Kita doa yang baik2 buat Aisyah… #shouldbeme #dr1share #tiktokguru

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Tips Atasi Stres Semasa Hamil

Buat ibu hamil di luar sana, adalah penting buat anda untuk menghindarkan diri daripada tekanan melampau yang boleh memudaratkan kesihatan si bayi.

Walaupun ada masa anda tidak mampu mengawal stres, namun ikhtiarlah dengan beberapa tips pencegahan.

Di sini kami kongsikan beberapa tips yang disarankan oleh doktor untuk menangani masalah stres. Antaranya:

  • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil pemakanan seimbang dan berkhasiat.
  • Melakukan senaman ringan dan tidak melampau.
  • Mengelakkan pengambilan rokok, alkohol dan dadah.
  • Mencuba untuk kekal positif dalam sebarang situasi.
  • Mengelakkan diri untuk memberi respon negatif ketika dalam keadaan tertekan.
Sumber: Pexels/Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!

Baca Artikel Berkaitan: “Tengah Pregnant Sensitif Lain Sikit” – Ayda Jebat Tak Selesa Orang Tiba-tiba Pegang Perut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd