Now Reading
Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!

Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!

Antara bahan kimia berbahaya perlu dielak ibu mengandung adalah isotretinoin dan oxybenzone yang boleh menyebabkan kecacatan janin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti semua orang tahu bahawa ibu mengandung perlu menjaga pemakanan dan mengelak daripada mengambil makanan yang dapat membahayakan kandungan.

Antara makanan tersebut adalah makanan mentah, ikan dengan kandungan merkuri tinggi dan produk tenusu tidak dipasteur.

Namun begitu, tahu tak sebenarnya kandungan bukan sahaja terdedah kepada bahaya melalui pemakanan? Ibu juga perlu cakna tentang bahan yang diletakkan di kulit seperti produk mandian dan penjagaan kulit.

Untuk ibu mengandung, penting untuk korang take note beberapa bahan dalam produk penjagaan kulit yang perlu dielakkan.

Jangan lupa untuk check dulu bahan-bahan sebelum gunakan apa-apa produk sekalipun.


#1. Retinoid

Retinol adalah satu bahan kimia yang terhasil daripada vitamin A. Vitamin A merupakan nutrien yang penting untuk kesihatan kulit, imun, reproduktif dan mata yang optimum.

Retinol dan bahan terbitannya banyak digunakan dalam produk anti-penuaan, terutamanya retinoid.

Retinoid digunakan untuk mengurangkan kedutan dan jerawat. Ia berfungsi dengan mempercepatkan kupasan kulit serta penghasilan kolagen untuk membuatkan kulit nampak muda.

Ibu mengandung harus elak daripada menggunakan retinoid kerana ia dikaitkan dengan kecacatan bayi dalam kandungan.

Malah, retinoid yang ditetapkan oleh doktor seperti isotretinoin didapati menyebabkan 20% hingga 35% masalah sejak lahir (kongenital) yang teruk, terutamanya masalah kognitifneuro.

Masalah microtia dan anotia pada bayi akibat pendedahan kepada isotretinoin. (Sumber: International Journal of Applied and Basic Medical Research).

Kesan retinoid terhadap janin amat bahaya sehingga ibu yang menggunakannya dinasihati supaya elak daripada mengandung.


#2. Asid Salisilik

Satu lagi bahan sering digunakan dalam produk penjagaan kulit adalah asid salisilik yang banyak ditemui dalam pencuci muka, serum dan pelembab.

Penggunaan produk sebegini yang mempunyai kandungan rendah asid salisilik dilaporkan selamat oleh American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG).

Namun begitu, asid salisilik dalam dos yang tinggi seperti dalam pengupas kulit dan ubat-ubatan harus dielakkan ketika mengandung.

Menurut seorang doktor Kehamilan dan Sakitpuan, Muhammad Izzat, penggunaannya yang terlalu banyak boleh menyebabkan keracunan salicylate.

Asid salisilik sering ditemui di dalam serum. (Sumber gambar: Pexels).

#3. Hidrokuinon

Untuk mencerahkan kulit atau mengurangkan pigmentasi kulit, produk mengandungi hidrokuinon digunakan.

Walaupun tiada bukti bahawa hidrokuinon boleh menyebabkan kecacatan janin atau kesan sampingan, namun ia diserap oleh tubuh badan lebih banyak berbanding bahan lain.

Oleh itu, penggunaan produk mengandungi hidrokuinon seharusnya dielakkan atau dikurangkan.


#4. Phthalate

Phthalate digunakan untuk membuat plastik lebih tahan lama dan digunakan untuk melarutkan bahan lain.

Sering ditemui dalam banyak produk kecantikan dan peribadi, phthalate boleh mengganggu sistem endokrin dalam tubuh badan.

Memandangkan sistem endokrin yang terganggu boleh menyebabkan hormon tidak stabil, individu yang terdedah berisiko mengalami masalah reproduktif dan perkembangan yang serius.

Phtalate yang banyak ditemui dalam produk kecantikan adalah jenis diethylphthalate (DEP). Malah, phthalate yang digunakan pada bungkusan plastik juga boleh larut ke dalam produk.


#5. Formaldehid

Orang ramai pasti pernah mendengar tentang formaldehid dan tahu akan bahayanya sebagai karsinogen. Ia merupakan satu gas yang amat toksik dan boleh menyebabkan rengsa pada kulit, tekak, mata, malah paru-paru.

Formaldehid digunakan sebagai bahan pengawet dalam makanan dan produk rumah. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), formaldehid boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan dan keguguran kandungan.

Walaupun tidak banyak digunakan lagi dalam produk penjagaan kulit, masih terdapat bahan kimia yang boleh melepaskan gas formaldehid ini dan mempunyai kesan sampingan berbahaya. Antaranya adalah:

  • Bronopol (2-bromo-2-nitropropane-1,3-diol)
  • DMDM hydantoin
  • Diazolidinyl urea
  • Hydroxymethylglycinate
  • Imidazolidinyl urea
  • Quaternium-15
  • 5-bromo-5-nitro-1,3-dioxane

#6: Oxybenzone

Penapis cahaya ultraviolet (UV) yang sering digunakan dalam pelindung matahari adalah oxybenzone. Seperti phthalate, bahan ini juga boleh mengganggu sistem endokrin badan.

Antara bahan yang sering ditemui di dalam pelindung matahari adalah oxybenzone, dioxybenzone dan zinc oxide. (Sumber gambar: Pexels).

Oleh itu, ia dibimbangi menyebabkan masalah gangguan hormon dan kecacatan kekal pada ibu serta bayi dalam kandungan.

Kesan oxybenzone telah dikaji melalui ujikaji ke atas haiwan. Oxybenzone yang digunakan pada kadar berpatutan didapati menyebabkan perubahan kekal pada kelenjar susu dan penghasilan susu badan.

Selain itu, ia juga didapati menyebabkan kecacatan kekal janin dengan kebarangkalian masalah neurologi ketika dewasa seperti schizophrenia dan penyakit Alzheimer.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Umum Vaksin Tdap Percuma Buat Ibu Hamil Bermula 2024

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Jerit, Jangan Tidur.” – Wanita Ini Kongsi Tips Bersalin Untuk Bantu Si Ibu. Penting Ya!

Baca Artikel Berkaitan: KKM Haramkan Penjualan Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

Sumber: Healthline


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd