“Jangan Jerit, Jangan Tidur.” – Wanita Ini Kongsi Tips Bersalin Untuk Bantu Si Ibu. Penting Ya!
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau, cara meneran ketika bersalin yang betul adalah seperti ingin membuang air besar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah tentu bersalin merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para ibu. Dari saat tiba di hospital sehinggalah menyambut kelahiran si kecil, ia pasti merupakan kenangan yang amat berharga.
Seorang pengguna TikTok (@sis_viral) yang dikenali sebagai Shima, telah menghasilkan satu video yang menunjukkan ‘point of view’ seorang ibu ketika bersalin. Dia melakonkan watak jururawat yang berhadapan dengan bermacam gelagat ibu ketika menunggu masa untuk meneran bayi keluar.
Satu gelagat ibu yang dikongsinya adalah yang kurang memberikan kerjasama. Mungkin kerana terlalu sakit sehingga tidak dapat memberikan bantuan, sesetengah ibu seolah-olah tidak sedar atau tidak mendengar arahan yang diberikan oleh jururawat.
Dia berkata ibu harus mengikuti arahan yang diberikan kerana ia bertujuan untuk memudah dan mempercepatkan proses bersalin.
Terdapat juga ibu yang suka memejamkan matanya ketika ingin bersalin, mungkin kerana sedang menahan rasa sakit yang kuat. Namun begitu, ia tidak patut dilakukan kerana boleh menyebabkan ibu tertidur.
Malah, ada ibu yang berasa terlalu penat dan sempat tidur ketika hampir hendak bersalin. Ketika itu, pasangan yang hadir perlu bantu untuk kejutkan dan elakkan si ibu daripada terlelap.
Untuk info, si ibu tidak boleh dibiarkan tertidur kerana dia perlu meneran bayi keluar ketika proses bersalin bermula.
Menjerit Akan Mengurangkan Tenaga Untuk Bersalin
Proses meneran ketika bersalin semestinya memakan tenaga yang banyak. Oleh itu, ibu diingatkan supaya tidak menjerit ketika di dalam bilik bersalin walaupun sedang menghadapi kesakitan yang teruk.
Di dalam hantaran TikTok tersebut, Shima turut berpesan kepada ibu yang beragama Islam agar beristighfar dan bersabar walaupun sedang kesakitan.
Apabila ibu menjerit, bukan sahaja tenaganya akan berkurangan, malah ia boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.
Sebaliknya, ada pula ibu yang hanya mendiamkan diri sambil menahan sakit. Ibu seeloknya berkomunikasi dengan jururawat atau doktor supaya mereka tahu tahap kesakitan ibu.
Menerusi hantarannya, dia turut berkongsi beberapa tips yang penting bagi ibu yang hendak melahirkan anak.
Seperti biasa, dia mengingatkan supaya TIDAK mengangkat punggung ketika meneran kerana ia boleh menyebabkan vagina koyak hingga ke dubur.
Ibu juga hanya perlu meneran sewaktu mengalami kontraksi dan pastikan supaya berehat selepas itu dan ketika kontraksi terhenti.
Shima turut menunjukkan cara mengambil nafas yang perlu dilakukan oleh ibu sewaktu hendak bersalin.
Wanita TTC Rasai Pengalaman Masuk Bilik Bersalin
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata wanita yang mempunyai pengalaman melahirkan anak bersetuju dengan lakonan yang dilakukan oleh Shima.
Ada juga yang berkongsi pengalaman berkelakuan sama seperti yang dilakonkan dalam hantaran itu seperti menjerit dan menutup mata ketika bersalin.
Dalam pada itu, beberapa wanita turut mengucapkan terima kasih kerana membolehkan mereka ‘merasa’ suasana bersalin. Rata-rata mereka sedang berusaha untuk mengandung dan berharap supaya dapat melalui pengalaman itu sendiri.
Tips Meneran Bayi Ketika Bersalin
Walaupun kedengaran mudah, tetapi ibu perlu menggunakan kaedah tertentu untuk melancarkan proses bersalin.
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Columbia Asia Bukit Rimau, cara meneran ketika bersalin yang betul adalah seperti ingin membuang air besar.
Ibu juga perlu cakna tentang beberapa tips ketika meneran. Paling penting sekali, ibu perlu mendengar arahan jururawat atau doktor kerana mereka sememangnya pakar dalam situasi tersebut.
Bagi memudahkan proses bersalin, ibu akan dibaringkan dalam keadaan kedua-dua belah kaki dibuka luas dan dilipatkan sedikit ke belakang. Kaki perlu diletakkan di penyokong besi yang disediakan atau pergelangan kaki dipegang jika tiada besi tersebut.
Ketika hendak meneran, ibu perlu mengangkat kepala sehingga dadu mencecah dada. Pandangan harus ditumpukan ke arah perut.
Dalam masa yang sama, seperti yang dikongsikan oleh Shima, elak daripada menjerit atau mengeluarkan suara ketika meneran supaya dapat menjimatkan tenaga.
Harus diingat, ibu perlu meneran hanya apabila disuruh oleh doktor atau jururawat iaitu ketika kontraksi berlaku.
Akhir sekali, teran sekuat hati dalam tempoh lebih kurang 10 saat atau sepanjang kontraksi berlangsung. Jangan lupa untuk sentiasa curi ambil nafas.
@sis_viral APA PUN SIS nak pesan ikut je arahan Doctor and #Misi di LRoom nanti sebab mereka lebih tau nak kasi cepat u all deliver baby … 🤱🫶🏻 JANGAN jerit2 k nanti seriauu hak lain yang tengah tunggu time tu 😂🤲🏻 #tipsbuatkamu #sisviral #kk #bukupink #parodi #pov #ibumengandung #ibuhamil #malaysiantiktok #tiktokermalaysia #bukupinkkehamilan #pahang ♬ original sound – SiS Viral SHIMA
Sumber: TikTok @sis_viral | Columbia Asia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.