Now Reading
“Tengah Pregnant Sensitif Lain Sikit” – Ayda Jebat Tak Selesa Orang Tiba-tiba Pegang Perut

“Tengah Pregnant Sensitif Lain Sikit” – Ayda Jebat Tak Selesa Orang Tiba-tiba Pegang Perut

Ayda Jebat berkata dia tidak selesa dan berasa sensitif apabila orang tidak dikenali secara tiba-tiba menyentuh perut yang kini sedang sarat mengandung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mendapatkan zuriat sememangnya sesuatu yang ditunggu-tunggu buat mereka yang telah melangkah ke alam perkahwinan.

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi tempatan iaitu Ayda Jebat bersama suami tercinta Nabil Mahir telah menyampaikan khabar berita mengujakan kepada orang ramai iaitu pengumuman anak kedua mereka.

Berita kehamilan itu telah diuar-uarkan ketika sidang media bagi drama lakonan Ayda iaitu Bukan Cinta Sempurna berlangsung pada bulan Julai lalu.

Baca Artikel Berkaitan: “Berpeluh-peluh Kami Cuba” – Cara Suami Ayda Jebat Umum Kehamilan Anak Kedua Raih Kecaman Netizen


Ayda Jebat Tidak Selesa Peminat Pegang Perut Yang Sedang Sarat Hamil

Baru-baru ini, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat telah meluahkan rasa tidak selesa yang dialami olehnya apabila perut yang kini sarat mengandung disentuh oleh orang tidak dikenali.

Menerusi hantaran yang dikongsi di akaun Instagram miliknya (@aydajebat), dia telah bertanyakan soalan kepada para ibu hamil di luar sana sama ada mereka berasa selesa atau tidak sekiranya perut disentuh secara tiba-tiba.

“Mommies selesa tak kalau tengah pregnant, orang tiba-tiba pegang perut?” tanya Ayda.

Menurut Ayda, dia tidak mempunyai sebarang masalah jika peminatnya mahu mengambil gambar bersama sambil memegang bahu atau tangannya namun bukan bahagian perut kerana berasa sensitif.

“Tengah pregnant ni sensitif dia lain sikit bila orang jumpa terus pegang perut kita,” jelasnya.

Sumber: Instagram (@aydajebat)

Ayda Berharap Orang Ramai Faham Tentang Situasi Yang Dialami Olehnya

Aktor ini yang telah lama menyimpan perasan, berkata dia berasa serba salah untuk menegur tindakan makcik-makcik yang sering menyentuh perutnya.

“Nak tegur tapi tak terkeluar pula kata-kata,” tambah Ayda.

Susulan perkongsian yang diluahkan oleh Ayda, dia berharap agar orang ramai memahami situasi yang dilalui dan berhenti menyentuh perutnya secara tiba-tiba.

“Harap faham situasi kita dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan baby,” tambah Ayda.


Orang Ramai Luah Janin Pernah Meninggal Dunia Kerana Perut Disentuh

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet telah berkongsi tentang kisah mengejutkan yang pernah dialami oleh ibu hamil sebelum ini.

Menurut pengguna bernama Medina, janin dalam perut sepupunya sebelum ini telah disahkan tidak bernyawa selepas bahagian perut disentuh oleh seorang warga emas.

Tambahnya, kandungan yang berumur 2 bulan itu kini perlu digugurkan kerana janin tersebut enggan membentuk menjadi seorang bayi.

Dalam pada itu, seorang pengguna bernama Farra juga berkata bahawa orang yang tidak dikenali boleh menghantar sihir kepada janin sekiranya perut ibu hamil disentuh.

“Bahaya orang tak dikenali pegang perut semasa pregnant, boleh hantar sihir,” jelasnya.

Pelakon veteran Catriona Ross dalam masa sama meluahkan pendapatnya dengan berkata dia tidak kisah jika orang memegang perut dengan syarat mereka perlu meminta izin terlebih dahulu.

Sumber: Instagram (@aydajebat)

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Boleh Hamil Ketika Mengandung. Betul Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Hamil Anak Kembar, Alahan Teruk & 5 Lagi Jenis Ibu Mengandung Yang Perlu Elak Puasa

Sumber: Instagram (@aydajebat)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd