“Berpeluh-peluh Kami Cuba” – Cara Suami Ayda Jebat Umum Kehamilan Anak Kedua Raih Kecaman Netizen
Rata-rata netizen kurang senang dengan cara Nabil Mahir mengumumkan tentang kehamilan anak kedua bersama Ayda Jebat kerana dikatakan tidak menjaga maruah dan kehormatan isterinya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berita tentang kehamilan cahaya mata adalah suatu perkara yang sangat menggembirakan buat pasangan suami isteri. Anak adalah kurniaan yang cukup bermakna untuk mengembangkan lagi sesebuah keluarga.
Kadangkala kita pun turut sebak sekali apabila melihat reaksi suami mereka ketika ingin memberitahu tentang kehamilan menerusi rakaman video yang sempat diambil.
Artikel Berkaitan: Ingin Bersalin Di Bawah Skim ‘Full Paying Patient’ (FPP) Hospital Kerajaan? Ibu Bapa Sila Take Note Info Ini
Artikel Berkaitan: 3 Nasihat ‘Mitos’ Yang Buat Ramai Ibu Muda Terpengaruh. #3 Paling Bahaya!
Nabil Mahir Umum Ayda Jebat Kini Berbadan Dua, Sudah 5 Bulan Hamil
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi tempatan iaitu Ayda Jebat telah menghadiri sidang media bagi drama terbaharu lakonannya iaitu Bukan Cinta Sempurna bersama Fadlan Hazim.
Ketika majlis tersebut, Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat bercadang untuk membuat satu pengumuman khas dengan memanggil suaminya, Nabil Mahir untuk tampil di atas pentas bersamanya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter (@farhanajafri), pengumuman yang diberikan oleh Nabil itu adalah untuk memberitahu bahawa Ayda kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini memasuki lima bulan.
Assalamualaikum semua. Pengumuman yang kita nak bagitahu ni is actually, Nabil dengan Ayda dah berkerjasama, berpeluh-peluh cuba untuk mendapatkan second baby. Dah nak masuk lima bulan.
Suami kepada Ayda Jebat, Nabil Mahir.
Nabil juga dilihat ketawa terhibur selepas membuat pengumuman berkenaan di khayalak ramai.
Pengumuman Khas Ayda Jebat & Nabil Mahir.
— Anna J | Entertainment Blogger 💜🦔💎 (@farhanajafri) July 25, 2023
Congratulations to both of you 🎉💐 pic.twitter.com/6k1qKhykDu
Netizen Tak ‘Berkenan’ Lihat Cara Nabil Mahir Umum Kehamilan Ayda Jebat
Berita gembira yang diumumkan oleh Nabil Mahir tentang kehamilan anak kedua bersama Ayda Jebat itu walau bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.
Rata-ratanya kurang selesa dengan cara pengumuman itu disampaikan oleh Nabil kerana dikatakan tidak menjaga maruah dan kehormatan isterinya.
Ada juga yang memberi pendapat bahawa ungkapan ‘berpeluh-peluh’ yang diucapkan itu tidak sepatutnya diberitahu secara terbuka di hadapan masyarakat umum.
This is the reason why you kena kahwin dengan orang yang boleh jaga maruah you sama and always think before they speak sebab dapat suami macamni memang jatuh air muka. Tapi yelah bini dia pun ok je kena malu gitu so they’re perfect for each other. Lels https://t.co/S4ZKYOXPRQ
— Noi 🌻 (@sarramonez) July 26, 2023
tengok pada gaya dia macam dah biasa borak benda-benda lucah. that's why terbawak-bawak kat public. tak reti nak jaga kehormatan isteri. 💁🏻♀️
— ** (@nawalysmn) July 26, 2023
Low class thinking mcmni lah semua benda dia rasa ok
— ز (@mzhl_) July 26, 2023
Maak aii. Tkde rasa malu tu borak depan" gitu . 😂.. buatt hall buat hall!
— Ya saya . (@smahhl) July 26, 2023
Perlunya Sikap Malu Dalam Setiap Individu, Termasuklah Pasangan Suami Isteri
Umum sedia maklum, pasangan suami isteri yang sudah mempunyai ikatan perkahwinan sudah ‘halal’ untuk bermesra dan bercumbu.
Tetapi apa hukumnya jika perbuatan itu sengaja dilakukan di khalayak ramai dan dimuat naik di media sosial?
Memetik sumber dari Mufti Wilayah Persekutuan, agama Islam menitikberatkan tentang isu kehormatan dan maruah suami isteri berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” (Riwayat Muslim)
Menurut Imam an-Nawawi RA, perasaan malu adalah akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk seperti perbuatan mencium isteri di khalayak ramai kerana ia dianggap telah menjatuhkan maruah.
Nabi Muhammad SAW turut bersabda:
الحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ
Maksudnya: Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan. (Riwayat al-Bukhari)
Semoga kita semua terpelihara daripada melakukan perkara yang mendatangkan keburukan kepada diri dan juga orang lain.
Sumber: Twitter @farhanajafri | Mufti Wilayah Persekutuan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.