Now Reading
3 Nasihat ‘Mitos’ Yang Buat Ramai Ibu Muda Terpengaruh. #3 Paling Bahaya!

3 Nasihat ‘Mitos’ Yang Buat Ramai Ibu Muda Terpengaruh. #3 Paling Bahaya!

Antara nasihat yang tidak betul dan telah banyak mempengaruhi ibu muda adalah bayi kerap menangis kerana tidak mendapat susu badan yang mencukupi.

ibu-lepas-bersalin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap wanita pasti akan memasang impian untuk menjadi seorang ibu. Cuba tanya kepada mana-mana isteri, mesti kebanyakannya akan melompat gembira bila dapat tahu mereka mengandung.

Dalam kegembiraan itu, ramai yang ibu muda terutamanya yang pertama kali menjadi ibu akan meminta nasihat kepada mereka yang lebih berpengalaman dalam membesarkan anak-anak.

Namun, tidak semua nasihat dan pantang larang yang diberikan itu adalah benar kerana sesetengahnya hanyalah mitos semata-mata.


Doktor Dedah Nasihat Mitos Yang Buat Ramai Ibu Muda Terpengaruh

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman Twitter miliknya (@celotehdrmalar), beliau mendedahkan beberapa nasihat yang kurang tepat diberikan kepada ibu muda di luar sana sehingga ramai yang terpengaruh dengannya.

Malah, doktor yang dikenali sebagai Dr Malar ini juga mengakui dia pernah terpengaruh dengan ‘mitos’ yang sering diberikan oleh masyarakat.

Antara nasihat yang bersifat mitos dan tidak sepatutnya menjadi panduan para ibu di luar sana adalah:

1. Anak Tidak Berhenti Menangis Kerana Susu Ibu Tidak Mencukupi

susu-badan
Sumber: HealthyChildren.org/ Gerobok Anim

Setiap kali bayi menangis, mesti ramai yang akan menganggap mereka kelaparan dan menyalahkan si ibu kerana tidak memberikan susu badan yang mencukupi.

Keadaan ini akan membuat para ibu tertekan kerana nasihat diberikan oleh orang di sekeliling seolah-olah menyalahkan tubuh badan ibu yang tidak dapat menghasilkan susu badan dalam kuantiti banyak.

Situasi ini juga akan menjadikan perut bayi membesar kerana ramai menganggap anak kecil ini menangis hanya kerana kelaparan.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh membuatkan bayi menangis seperti perut kembung, digigit nyamuk dan sebagainya.

2. Tak Boleh Banyak Minum Air, Makan Sayur Dan Bersenam Untuk Jaga Badan Selepas Bersalin

https://www.sinarharian.com.my/article/238211/khas/bajet-2023/bajet-2023-dibentang-semula-pada-24-februari---mof
Sumber: Harian Metro

Tidak dinafikan, wanita yang berada dalam keadaan pantang selepas bersalin memang banyak pantang-larangnya.

Tetapi ada yang mendakwa para ibu yang ingin menjaga badan selepas bersalin tidak boleh memakan sayur-sayuran kerana ia boleh menyebabkan kesakitan.

Selain itu, ada juga yang kata kononnya para ibu tidak boleh meminum air terlalu banyak kerana boleh menyebabkan angin dan menjadi gemuk. Malah, aktiviti bersenam juga ditegah kerana bimbang ia boleh mengakibatkan luka bersalin mudah terbuka.

Tetapi sebenarnya, mitos-mitos ini akan menyebabkan para ibu akan mudah mengalami buasir.

3. Anak Kecil Tak Perlu Pakai Carseat

Car-seat
Sumber: Harian Metro

Antara ‘nasihat’ yang dilihat mampu membahayakan bayi adalah anak kecil tidak perlu untuk memakai carseat ketika berada di dalam kereta.

Sesetengah individu mendakwa membiarkan anak berada di dalam carseat seorang diri di tempat duduk belakang akan membuatkan bayi berasa keseorangan dan tidak selamat.

Kalau si ibu pula duduk belakang, katanya nanti suami akan berasa kesunyian sehingga berniat untuk mencari wanita lain sebagai pasangan.

BACA JUGA: Baby’s Age And Weight The Most Important Factors When Choosing A Car Safety Seat


Nasihat Sebenar Yang Seharusnya Diguna Pakai Oleh Para Ibu

Bergelar seorang ibu muda dalam dunia zaman ini, memang banyak cabarannya.

Nak tak nak, fizikal dan mental perlu kuat untuk berdepan dengan pelbagai jenis ragam manusia yang ingin memberi nasihat kepada mereka tentang penjagaan bayi.

Jadi kepada para ibu di luar sana, tapislah nasihat yang akan digunakan dalam menjaga anak-anak anda.

ibu-lepas-bersalin
Sumber: Hello Dokter

Antara nasihat yang seharusnya diaplikasikan oleh para ibu ketika menjaga anak-anak mereka adalah:

  • Susu badan anda sentiasa mencukupi bergantung kepada keperluannya.
  • Amalkan pemakanan sayur-sayuran dan minum air secukupnya ketika sedang berpantang serta sepanjang hayat.
  • Gunakan carseat jenis hala ke belakang atau rear-facing demi memastikan keselamatan anak-anak.

Kelebihan Penggunaan Carseat Untuk Kanak-kanak Ketika Dalam Kereta

Selain dapat menjaga keselamatan, penggunaan carseat jenis hala ke belakang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya:

  • Mengurangkan kecederaan kepala sebanyak 70%.
  • Mengurangkan risiko untuk bergaduh sesama adik-beradik.
  • Anak cepat mengantuk dan tertidur.

Dalam Bajet 2022 pada tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta untuk digunakan sebagai subsidi sehingga 50% atau maksimum RM300 bagi membeli carseat.

Subsidi tersebut diberikan kepada keluarga B40 dan diharapkan bantuan ini turut dimasukkan serta dalam pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

BACA JUGA: Ibu Bapa Boleh Mohon Subsidi ‘Carseat’ Anak Mulai Mac 2022


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd