Now Reading
Ibu Bapa Boleh Mohon Subsidi ‘Carseat’ Anak Mulai Mac 2022

Ibu Bapa Boleh Mohon Subsidi ‘Carseat’ Anak Mulai Mac 2022

Subsidi kepada kumpulan B40 ini adalah untuk menggalakkan mereka menggunakan CRS.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berita baik untuk ibu bapa di luar sana!

Sejak kerajaan mewajibkan penggunaan sistem penahan kanak-kanak (CRS) atau carseat, ramai ibu bapa tidak mampu membelinya walaupun mahu anak mereka berada dalam keadaan selamat di dalam kereta.

Dalam Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk digunakan sebagai subsidi sehingga 50% atau maksimum RM300 bagi membeli carseat.

Kerajaan juga telah memulakan sesi taklimat dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kepada para penjual carseat bersempena dengan subsidi CRS.

Jika ibu bapa membeli carseat bernilai RM300 ke bawah, mereka akan mendapat subsidi sebanyak 50%. Bagi harga carseat yang melebihi RM300, subsidi maksimum yang diterima adalah RM150.

Jom ketahui maklumat lebih lanjut tentang subsidi ini, syarat kelayakan dan cara memohonnya.

Berapakah subsidi untuk carseat?

Keluarga yang layak akan menerima potongan 50% daripada harga asal CRS atau bantuan subsidi RM150.

Subsidi ini adalah sebagai langkah untuk menggalakkan rakyat Malaysia khususnya para ibu bapa daripada golongan B40 untuk menggunakan CRS.

Terdapat banyak kes kemalangan di mana bayi tercampak keluar dari kenderaan kerana kerusi kereta biasa direka hanya untuk orang dewasa sahaja.

Jadi sebab itulah bayi dan kanak-kanak juga perlu duduk di carseat.

Syarat kelayakan subsidi CRS

Kriteria kelayakan untuk penerima subsidi CRS 2022 adalah seperti berikut:

  • Penerima daripada kategori isi rumah B40.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Mempunyai anak/anak angkat/anak angkat berumur 12 tahun ke bawah.
  • Warganegara yang menetap di Malaysia.
  • Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima oleh LHDN/e-Kasih ICU.
  • Satu keluarga hanya layak menuntut satu CRS sahaja.

Kadar subsidi

Jumlah subsidi yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah 50% daripada harga asal (untuk CRS berharga RM300 dan ke bawah); atau subsidi maksimum RM150 untuk CRS berharga RM301 dan ke atas.

Cara untuk memohon

Untuk menebus subsidi pembelian CRS 2022, pemohon boleh melayari laman web www.mycrs.gov.my.

Laman web ini akan diaktifkan dan dibuka untuk permohonan bermula 1 Mac 2022.

Semakan status untuk kelayakan menerima subsidi carseat

Status kelayakan penerima subsidi ini akan diumumkan pada April 2022. Pemohon boleh menyemak status kelayakan mereka melalui laman web www.mycrs.gov.my.

Sebaik sahaja anda mempunyai nama dan layak mendapat subsidi, anda boleh pergi ke kedai terpilih yang diluluskan oleh MIROS.

MIROS akan meluluskan kedai dengan vendor yang dilatih sebagai Penasihat Keselamatan Penghuni Kanak-kanak (COSA) bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk memasang carseat di dalam kereta.

Semoga subsidi ini diterima baik dan kerajaan memperuntukkan lebih banyak wang selepas membelanjakan RM30 juta.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd