Ini 5 Mitos Yang Sebenarnya Tidak Membatalkan Puasa Anda
Perbuatan mengorek hidung juga sebenarnya mitos yang tidak membatalkan puasa seseorang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Bila berpuasa, kita perlulah menjauhkan diri daripada melakukan beberapa larangan seperti tidak makan dan minum, muntah dengan sengaja, merokok dan sebagainya supaya tidak membatalkan ibadah puasa.
Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mash keliru dengan perkara yang membatalkan puasa. Ada yang kata tak batal, ada yang kata batal?
Mana satu ni?
Mitos tentang batal puasa
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di TikTok menunjukkan seorang pendakwah bebas iaitu PU Azman menjelaskan tentang mitos berkaitan perkara yang membatalkan puasa.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Mengorek hidung

PU Azman menerangkan perbuatan ini tidak membatalkan puasa kerana tidak mempunyai kaitan dengan rongga batin iaitu perut.
Namun, perbuatan mengorek hidung boleh menjadi makruh sekiranya dilakukan secara berlebihan sehingga mencapai ke pangkal hidung.
2. Penggunaan inhaler

Alat inhaler sering digunakan oleh individu yang mempunyai penyakit asma juga tidak membatalkan puasa.
3. Penggunaan ubat titis mata

Kalau anda yang sering memakai kanta mata lekap memang memerlukan ubat titis mata bagi mengelakkan mata menjadi kering, gunakanlah kerana ianya tidak membatalkan puasa.
4. Rasa masakan di hujung lidah

Bila berpuasa, agak sukar untuk kita ‘agak-agak’ rasa masakan. Jadi kelonggaran untuk merasa makanan di hujung lidah adalah dibenarkan dengan syarat ianya diludahkan semula tanpa menelannya.
5. Menderma darah

Perbuatan menderma darah ini sebenarnya memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan di hospital.
Jadi tidak diharamkan malah diharuskan untuk menderma darah walaupun dalam keadaan berpuasa.
@dillahussin mitos batal puasa Ramadan #ramadan #ramadhan #puasa #batalpuasa
♬ original sound – Dilla Hussin – Dilla Hussin
Harapnya perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan kepada anda tentang mitos yang selalu disebut-sebut.
Sekarang anda dah tahu kan?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.