Now Reading
Kerajaan Umum Insentif Car Seat Bayi Khas Buat Keluarga B40 & M40

Kerajaan Umum Insentif Car Seat Bayi Khas Buat Keluarga B40 & M40

Permohonan bagi Insentif MyCRS 2023 dibuka sehingga 15 September dengan insentif sebanyak RM150 bagi satu car seat setiap keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


​​​Apabila menaiki kereta, kita pasti memakai tali pinggang keledar demi keselamatan dan untuk elak daripada kecederaan yang teruk jika kemalangan berlaku.

Bagaimana pula dengan anak-anak? Umum sedia maklum bahawa tidak cukup bagi kanak-kanak sekadar memakai tali pinggang keledar yang sedia ada di dalam kereta. Oleh itu, ibu bapa perlu memasang kerusi keselamatan kanak-kanak atau sering disebut sebagai ‘car seat’.

Juga digelar Child Restraint System (CRS), car seat merupakan kerusi khas bagi kanak-kanak yang menaiki kenderaan.

Mulai 1 Januari 2020, penggunaan car seat diwajibkan di Malaysia bagi kanak-kanak yang mempunyai berat kurang 36 kg, atau ketinggian kurang 136 cm atau berumur bawah 12 tahun.

Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR), iaitu R44 atau R129.

Namun begitu, car seat yang berkualiti boleh mencecah harga ratusan ringgit dan dilihat sebagai beban ekonomi buat sesetengah keluarga. Apatah lagi bagi keluarga dengan ramai anak kerana setiap anak memerlukan car seat sendiri apabila menaiki kenderaan bersama-sama.

Sebenarnya, kerajaan ada menawarkan car seat percuma untuk mereka yang kurang berkemampuan. Ibu bapa take note, ya!


Insentif MyCRS 2023 Untuk B40 & M40

Dikenali sebagai Insentif MyCRS 2023, kerajaan telah menjalankan program insentif bagi pembelian car seat khas untuk keluarga dengan pendapatan isi rumah kategori B40 dan M40. Sebelum ini, insentif ini hanya terbuka kepada golongan B40 sahaja.

Ia diwujudkan demi meningkatkan kadar keselamatan kanak-kanak sewaktu menaiki kenderaan dengan penggunaan car seat.

Syarat-syarat bagi melakukan permohonan adalah mempunyai anak berusia bawah 12 tahun ataupun anak yang masih dalam kandungan. Insentif ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.

Bagi ibu bapa yang berminat, boleh lakukan semakan kelayakan terlebih dahulu melalui laman web MyCRS (www.mycrs.gov.my). Jika layak, ibu bapa boleh terus menebus insentif ini.

Sebaliknya, jika data tiada di dalam sistem, ibu bapa perlu lakukan permohonan yang boleh dibuat sehingga 15 September ini dan menyemak semula kelayakan selepas satu minggu.


Percuma Bagi Pembelian Car Seat RM150 Ke Bawah

Apabila telah layak, pemohon boleh menebus insentif ini di salah satu daripada 286 kedai bayi yang berdaftar seperti yang tertera di dalam Senarai Wakil Penjual MyCRS.

Jangan lupa untuk bawa beberapa dokumen penting bagi melakukan penebusan tersebut iaitu:

  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil lahir bagi anak kurang 12 tahun
  • Buku pink bagi ibu mengandung

Harus diingat bahawa setiap isi rumah hanya boleh menebus insentif ini bagi satu car seat sahaja. Car seat berharga RM150 dan ke bawah boleh ditebus secara percuma.

Namun begitu, jika harga car seat lebih RM150, ibu bapa perlu membuat bayaran tambahan iaitu baki harga setelah menolak insentif RM150 tersebut.

Sumber: MyCRS

Walaupun dinyatakan tempoh penebusan sehingga 30 September, tetapi ia juga tertakluk kepada RM12 juta yang diperuntukkan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web MyCRS di bahagian Soalan Lazim.

Ibu bapa jangan lupa tebus segera ya sebelum tamat tempoh atau peruntukan habis.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd