Now Reading
Budak Lelaki Di China Terjun Dari Tingkat 26 Guna Payung, Mungkin Tiru Aksi Tom & Jerry

Budak Lelaki Di China Terjun Dari Tingkat 26 Guna Payung, Mungkin Tiru Aksi Tom & Jerry

Kanak-kanak itu sering menonton kartun Tom & Jerry dan mungkin ingin mencuba aksi tersebut ketika tiada orang di rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kanak-kanak akan meniru perbuatan orang dewasa dan apa yang dilihat olehnya. Kerana inilah ibu bapa sering diingatkan supaya mengawasi kandungan yang ditonton anak-anak di televisyen atau dalam talian supaya mereka boleh memperjelaskan tentang realiti sebenar kepada anak-anak.

Walau bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak beruntung kerana ada ibu bapa yang terlalu sibuk mencari rezeki dan tak sempat nak meluangkan masa dengan anak-anak.

Di Weibo, sebuah rangkaian media di Shandong, Shui Mu Wang melaporkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun di China terjun dari tingkat 26 menggunakan payung sebagai payung terjun pada Jumaat, 26 Mei.

Tangkap layar video yang dimuat naik di Weibo.

Kanak-kanak lelaki itu yang tinggal di Jishou City, Hunan, dikatakan telah lama menonton kartun Tom & Jerry dan membuat keputusan untuk meniru aksi kartun tersebut ketika ibu bapanya tiada di rumah, lapor Oriental Daily.

Menurut Shui Mu Wang, ibu bapanya tiada di rumah kerana ibunya bekerja di bandar lain dan bapanya sering ke merata tempat atas urusan kerja.

Nenek kepada kanak-kanak lelaki itu didakwa sedang keluar untuk mengambil kakak mangsa ketika kejadian berlaku.

Mujur kanak-kanak tersebut selamat, tetapi mengalami patah tangan. Payung dan pokok di mana dia jatuh telah menyelamatkannya.

Laporan menunjukkan kanak-kanak itu dalam keadaan yang stabil dan sedang menerima rawatan perubatan untuk beberapa patah tulang di seluruh badan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd