Now Reading
Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam

Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam

Sebagai ibu bapa, ia agak mencabar apabila anak-anak sudah mula menolak arahan yang diberikan seperti untuk mandi, makan dan sebagainya.

Ibu Kongsi Tips Elak Anak Mudah Tantrum

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja bergelar ibu bapa, pastinya banyak perkara yang perlu dipelajari dari segi mendidik anak-anak dan membesarkan mereka dengan baik.

Kanak-kanak bermula seawal usia dua tahun kebiasaannya akan mula mencuba pelbagai perkara baharu secara sendiri terutamanya apabila mereka sudah pandai berlari ke sana sini.

Malah, pada usia ini juga mereka akan mudah meragam apabila ada sesuatu yang tidak kena mengikut cara mereka.

BACA JUGA: Restoran Kenakan Caj RM30 Jika Anak Kecil ‘Bising’ & Ganggu Pelanggan


Wanita Kongsi Tips Kepada Ibu bapa Untuk Elak Anak Muda Tantrum

Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@SueKz93), wanita ini menjelaskan kanak-kanak bermula dari usia dua tahun akan mula berkata ‘tidak’ apabila anda memberi arahan kepada mereka.

Disuruh mandi, makan, tidur dan sebagainya, semuanya mereka tidak mahu. Sebagai ibu bapa, perkara ini agak mencabar.

Jadi bagi membantu ibu bapa di luar sana, wanita ini berkongsi tips untuk mengelakkan si kecil anda mudah tantrum dengan cara berikut:

1. Tips Elak Anak Mudah Tantrum: Beri Ruang Dan Masa

Sumber: the Asianparent Malaysia

Apabila anda mengajak anak untuk mandi, beri tempoh beberapa minit sebelum mereka habis bermain, menonton televisyen dan sebagainya.

Sebagai contoh, “Selepas main, kita pergi mandi ya. Ibu tunggu lima minit. Mainlah dulu. Selepas itu kita mandi”.

Ulang perkara yang sama dalam satu ayat supaya mereka lebih bersedia.

2. Tips Elak Anak Mudah Tantrum: Mengiyakan Permintaan Mereka

Sumber: Pa & Ma

Sesetengah anak pula mempunyai tabiat untuk menonton televisyen dahulu sebelum pergi mandi.

Sebagai ibu bapa, mungkin anda boleh mengiyakan permintaan mereka untuk menonton televisyen dengan syarat perlu mandi terlebih dahulu.

Jangan terus menidakkan permintaan mereka kerana ia akan membuat kanak-kanak lebih mudah untuk tantrum.

3. Tips Elak Anak Mudah Tantrum: Beri Pilihan

Sumber: Dunia Fesyen

Pernah tak anda berdepan situasi di mana anak-anak akan berlari setiap kali ingin disarungkan baju selepas mandi? Kalau berjaya ‘tangkap’ mereka, menangis pula.

Untuk mengelakkan perkara ini berulang, anda boleh menyuruh mereka untuk membuat pilihan baju yang ingin dipakai.

Dengan cara ini, mereka akan berasa gembira dan dihargai dengan pilihan yang dibuat.

4. Tips Elak Anak Mudah Tantrum: Wujudkan Gangguan

Sumber: Morinaga Platinum

Apabila anak-anak sudah mula menunjukkan petanda untuk tantrum, anda boleh mewujudkan gangguan dengan cara seperti:

  • Mengajak mereka untuk melihat semut yang sedang berjalan di atas lantai.
  • Menceritakan tentang sesuatu perkara dengan gaya dramatik.

Cara ini dilihat boleh membuat anak-anak berhenti seketika untuk memberi fokus kepada anda.

5. Tips Elak Anak Mudah Tantrum: Beri Perhatian

Sumber: Pa & Ma

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi perhatian kepada anak-anak dengan cara mengucapkan terima kasih kepada mereka. Contohnya apabila mereka mendengar arahan serta berkelakuan baik.

Sekiranya anak-anak sedang tantrum, elakkan dari memberi perhatian pada ketika itu dan menjelaskan kepada mereka mengapa perbuatan itu salah.


Setiap anak-anak itu ada kerenah mereka tersendiri.

Untuk menjadi ibu bapa yang baik, ilmu pengetahuan tentang ‘parenthood’ penting untuk dipelajari supaya dapat memahami perkembangan anak-anak dan bersedia dengan apa jua yang berlaku.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu para ibu bapa di luar sana!

BACA JUGA: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

BACA JUGA: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama

BACA JUGA: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd