Now Reading
Elak Letak Bayi Dalam Car Seat Lebih 2 Jam, Boleh Alami Risiko Aliran Udara Terhad

Elak Letak Bayi Dalam Car Seat Lebih 2 Jam, Boleh Alami Risiko Aliran Udara Terhad

Bayi yang menaiki kenderaan perlu diletakkan di dalam car seat, namun begitu mereka juga tidak boleh dibiarkan lebih dua jam dalam car seat pada satu-satu masa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu bapa yang membawa anak menaiki kereta pasti meletakkan anak di dalam car seat. Kadang-kala, perjalanan boleh mengambil masa berjam lamanya, terutamanya apabila perjalanan pulang ke kampung dengan masa bertambah panjang sewaktu musim perayaan.

Ibu bapa tahu tak, yang bayi tidak boleh dibiarkan duduk di dalam car seat terlalu lama? Mungkin ramai yang biasa mendengar bayi tidak boleh duduk di dalam car seat selama dua jam dalam satu masa.

Namun begitu, seorang pengguna Twitter (@pelisahh) berkongsi terdapat juga cadangan supaya bayi duduk di dalam car seat terhad kepada dua jam dalam tempoh 24 jam.

Satu kajian oleh NHS Foundation Trust and University of Southampton mencadangkan ibu bapa supaya tidak membiarkan bayi di dalam car seat untuk tempoh masa yang lama.

Hal ini adalah kerana bayi tidak dapat baring dengan betul semasa di dalam car seat. Pergerakan kereta juga memberi impak terhadap bayi yang diletakkan di dalam car seat.

Bayi yang duduk separa tegak di dalam car seat boleh mendatangkan risiko aliran udara terhad kepada paru-paru bayi yang menyebabkan masalah pernafasan. Malah, kedudukan bayi juga memberi tekanan kepada tulang belakang yang masih berkembang.

Leher bayi, terutamanya yang baru sahaja dilahirkan, masih belum cukup kuat untuk duduk tegak dalam masa yang lama. Bagi bayi baru lahir, mereka dihadkan hanya 30 minit perjalanan dalam kereta. Namun masa perjalanan boleh dipanjangkan sehingga dua jam apabila leher telah kuat dan stabil.


Tips Bawa Bayi Naik Kereta Untuk Perjalanan Jauh

Bayi yang baru lahir sebolehnya dielakkan untuk menaiki kereta bagi perjalanan yang jauh.

Walau bagaimanapun, jika terpaksa berjalan jauh selama lebih dua jam, ibu bapa perlu pastikan supaya bayi sentiasa dikeluarkan daripada car seat. Ingat, jangan buka tali keledar car seat sewaktu kereta bergerak. Pastikan berhenti di tempat yang selamat terlebih dahulu.

Sewaktu keluarkan bayi daripada car seat, ibu bapa diingatkan untuk memeriksa jika bayi perlu ditukar lampinnya. Bayi juga boleh diberi minum susu sewaktu kereta sedang berhenti. Lakukan sedikit renggangan atau senaman pada bahagian badan bayi untuk memastikan keselesaannya.

Selain itu, tali keledar car seat perlu dipasang dengan sempurna dan tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Lakukan ‘pinch test’ untuk pastikan tali keledar dipasang dengan betul.

Bayi juga harus sering diperhatikan semasa di dalam car seat supaya tidak berubah kedudukan sekiranya pemasangan tali keledar tidak betul. Oleh itu, lebih bagus jika ada orang dewasa yang duduk di belakang bersama bayi.

Ibu bapa juga boleh membeli car seat dengan kedudukan baring (lie-flat car seat) supaya bayi dapat baring dengan sempurna berbanding duduk menegak.

Sebagai peringatan, car seat hanya boleh digunakan sebagai alat keselamatan di dalam kenderaan, dan bukannya sebagai tempat tidur. Setelah turun daripada kereta, bayi perlu diangkat keluar daripada car seat dan diletakkan di atas tilam yang leper.

Bayi bukan sahaja tidak boleh dibiarkan terlalu lama di dalam car seat, tetapi juga di dalam stroller atau buggy.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Umum Insentif Car Seat Bayi Khas Buat Keluarga B40 & M40


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd