Now Reading
Keluarga Hanya Perasan Anak Tertinggal Di Homestay Setelah 30 Minit Perjalanan

Keluarga Hanya Perasan Anak Tertinggal Di Homestay Setelah 30 Minit Perjalanan

Kanak-kanak itu dijumpai selamat, namun agak lemah kerana menangis tanpa henti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kisah ibu bapa tertinggal atau kehilangan anak bukanlah suatu perkara yang asing. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang tertinggal anak di dalam kereta kerana terlupa menghantarnya ke rumah asuhan.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Perempuan 16 Bulan Maut Lepas Tertinggal Dalam Kereta Di Universiti

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 8 Bulan Maut Gara-gara Ditinggalkan Dalam Kereta Hampir 10 Jam

Baru-baru ini, tular satu keluarga yang tertinggal seorang kanak-kanak bernama Khyra di sebuah homestay di Ketereh, Kelantan. Mereka hanya sedar akan perkara berkenaan setelah kira-kira setengah jam meninggalkan homestay terbabit.

Menurut video yang dikongsikan di media sosial, keluarga berkenaan mulai memanggil Khyra untuk melihat kuda di tepi jalan sebelum menyedari bahawa kanak-kanak itu tiada bersama mereka.

Ibu Khyra, Nurul Fazliana, segera menelefon keluarganya yang berada di dalam kereta berasingan. Namun ternyata Khyra tiada dengan mereka.

Mereka segera berpatah balik dan tiba dalam masa hanya 10 minit di homestay berkenaan.

Berdasarkan hantaran Facebook oleh Fazliana, nenek kepada Khyra baru teringat bahawa dia merajuk kerana tidak dibenarkan bermain dengan bagasi dan telah duduk di bahagian belakang sebuah kerusi di homestay.

Setibanya di homestay, Khyra kelihatan berada dalam keadaan lemah kerana dipercayai telah menangis tanpa henti sehingga muntah.

Syukur kisah ini berakhir dengan Khyra berada dalam keadaan yang selamat, berbanding kisah lain kanak-kanak tertinggal di dalam kereta, yang kebiasaannya berakhir dengan tragedi.


Pakar Jelas Punca Tertinggal Anak

Menerusi tinjauan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pada tahun 2022, punca utama ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta adalah disebabkan oleh perubahan mendadak dalam rutin harian mereka.

Pegawai penyelidik kanan, Khairul Alhapiz Ibrahim, berkata jika salah seorang ibu bapa yang biasa menghantar anak ke pusat asuhan, seorang lagi mungkin terlupa apabila tanggungjawab tersebut dipindahkan, sekaligus menyebabkan rutin berubah.

Menurut seorang aktivis keselamatan, K Balasupramaniam, ibu bapa boleh terlupa akan anak di dalam kereta kerana perubahan perancangan pada saat akhir. Ia juga mungkin berlaku kerana ibu bapa melakukan pelbagai tugas pada masa yang sama.

Malah, seperti yang terjadi pada Khyra, anak-anak mungkin boleh tertinggal apabila satu keluarga berjalan lebih daripada satu kereta, yang menyebabkan ibu bapa menganggap anak mereka berada di dalam kereta lain.


Tips Agar Tidak Lupakan Anak Di Dalam Kereta

Sehubungan dengan itu, mereka turut berkongsikan beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi mengurangkan kemungkinan anak ditinggal di dalam kereta.

Khairul menasihati ibu bapa agar melakukan peringatan supaya anak tidak tertinggal di dalam kereta. Peringatan ini boleh dilakukan menerusi aplikasi jam di telefon pintar.

Malah, ibu bapa turut boleh mengaktifkan fungsi ‘Child Reminder’ dalam aplikasi Waze yang akan memberi peringatan bahawa mereka membawa anak di dalam kereta apabila telah tiba di destinasi.

Di samping itu, Balasupramaniam memberi cadangan kepada ibu bapa supaya menyediakan senarai semak tugas harian, seperti perlu menghantar anak ke taska.

Ibu bapa juga boleh meletakkan barangan berharga seperti dompet di tempat duduk belakang bersama-sama anak.

Bagi yang berjalan beramai-ramai lebih daripada satu kereta, pastikan anak-anak ada bersama atau benar-benar telah menaiki kereta lain sebelum memulakan perjalanan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Tertinggal Anak Dalam Kereta: Tadika & Taska Wajib Hubungi Ibu Ayah


Sistem MyCinta Untuk Kesan Kanak-Kanak Dalam Kereta

Dengan peningkatan kes kanak-kanak tertinggal di dalam kereta, Miros kini dalam proses membangunkan sistem prototaip Miros Children in Vehicle Tracking and Alerting System (MyCinta).

Sistem ini bertujuan untuk kesan kehadiran kanak-kanak di dalam kereta dengan menggunakan penderia audio dan gerakan.

Sistem MyCinta akan serta-merta aktif sebaik sahaja enjin kenderaan dimatikan. Menurut Khairi, apabila sistem tersebut mengesan kehadiran kanak-kanak, notifikasi SMS mengandungi koordinat lokasi kereta akan dihantar kepada nombor yang didaftarkan.

Sementara menunggu ibu bapa mengambil kanak-kanak di dalam kereta, sistem MyCinta akan mencetuskan langkah-langkah automatik bagi keselamatan kanak-kanak.

Perkara ini termasuk membuka tingkap bagi pengudaraan, memasang lampu kecemasan, dan memaparkan mesej LED di tingkap kereta untuk menarik perhatian mereka yang lalu-lalang.

Pemasangan rintis prototaip MyCINTA pada kenderaan dijangkakan akan berlaku tahun hadapan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd