Now Reading
Kes Tertinggal Anak Dalam Kereta: Tadika & Taska Wajib Hubungi Ibu Ayah

Kes Tertinggal Anak Dalam Kereta: Tadika & Taska Wajib Hubungi Ibu Ayah

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, langkah tersebut dikuat kuasa kerana kes kanak-kanak maut yang kerap kali berlaku selepas ibu bapa terlupa dan meninggalkan mereka di dalam kenderaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak insiden kanak-kanak dilaporkan maut akibat ditinggalkan di dalam kereta oleh penjaga.

Menurut ibu bapa mangsa, mereka telah terlupa untuk menghantar anak ke tempat asuhan sehingga menyebabkan bayi ditinggalkan dalam kenderaan dalam satu tempoh masa yang lama.

Seperti kes yang baru-baru ini terjadi pada 8 November lalu, seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia apabila ditinggalkan dalam kereta selama lapan jam oleh ibunya di rumah sekitar Ara Damansara, Petaling Jaya.

Menurut si ibu, dia menyangka bahawa mangsa telah pun dihantar ke taska selepas menghantar dua anaknya yang lain ke sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Perempuan 2 Tahun Meninggal Dunia, Tertinggal Dalam Kereta 8 Jam


Taska & Tadika Perlu Hubungi Ibu Bapa Jika Anak Tak Dihantar Ke Kelas

Susulan insiden tersebut, operator Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) kini diwajibkan untuk menghubungi ibu bapa dengan kadar segera jika ada kanak-kanak dilihat tidak hadir ke kelas.

Untuk makluman semua, peraturan baru itu telah ditambah dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian Taska dan Tadika sebagai salah satu inisiatif bagi mengelakkan insiden penjaga terlupa tentang keberadaan anak di dalam kereta.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, langkah tersebut dikuat kuasa kerana kes kanak-kanak maut yang kerap kali berlaku selepas ibu bapa terlupa dan meninggalkan mereka di dalam kenderaan.

Sumber: Pexels/Malay Mail

Taska & Tadika Perlu Ada Nombor Telefon Ahli Keluarga Lain Untuk Dihubungi

Tambah beliau, pihak Taska dan Tadika perlu memastikan bahawa mereka mempunyai nombor telefon tambahan ahli keluarga terdekat kanak-kanak selain daripada ibu bapa agar boleh dihubungi dengan segera ketika waktu kecemasan.

“KPWKM memperbaharui SOP susulan tiga kes kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta dalam tempoh dua bulan ini,” jelas beliau.

Sementara itu, Nancy Shukri berkata bahawa kejadian kanak-kanak tertinggal dalam kereta kebiasaannya berlaku kerana terdapat salah faham antara ibu dan bapa tentang giliran menghantar anak pada hari tertentu sehingga menyebabkan mereka terlupa.


Ada Cadangan Daripada Orang Ramai Yang Tak Boleh Dilaksanakan

Oleh disebabkan banyak kes sedemikian dilaporkan berlaku, KPWKM telah menerima pelbagai reaksi dan cadangan daripada orang ramai bagi mengatasi masalah itu.

Namun, beliau menegaskan bahawa terdapat beberapa cadangan yang tidak boleh dilaksanakan kerana ianya bukan di bawah bidang kuasa menteri tersebut.

“Apa yang kami laksanakan ialah memperbaharui SOP Taska dan Tadika manakala yang lain seperti cermin kereta gelap itu bidang kuasa kementerian lain,” kata beliau.


Fakta Tentang Sindrom ‘Forgotten Baby’

Sindrom ‘Forgotten Baby’ boleh ditafsirkan sebagai ibu bapa yang secara tidak sengaja meninggalkan bayi atau anak kecil di dalam kereta berkunci.

Menerusi penjelasan dari sudut perubatan, ibu bapa yang mempunyai sindrom ini dikatakan boleh berjalan keluar dari kereta tanpa memikirkan anak mereka di tempat duduk belakang.

Kes seperti ini kebiasaannya terjadi apabila para ibu bapa terlalu memberi tumpuan dan memikirkan hal lain hingga boleh memberikan kesan buruk terhadap si anak.

Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, ibu bapa disarankan untuk mengaktifkan fungsi ‘Child Reminder’ dalam aplikasi Waze.

Mod ‘Child Reminder’ tersebut berfungsi untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa adanya anak kecil di dalam kereta ketika tiba di destinasi.

Sumber: X (Twitter @AimanPsikologi)

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Perempuan 16 Bulan Maut Lepas Tertinggal Dalam Kereta Di Universiti

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 8 Bulan Maut Gara-gara Ditinggalkan Dalam Kereta Hampir 10 Jam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd