Now Reading
Wanita Kesal Anak Sendiri Yang Digigit, Tapi Disuruh Berhenti Oleh Pihak Taska

Wanita Kesal Anak Sendiri Yang Digigit, Tapi Disuruh Berhenti Oleh Pihak Taska

Menurut wanita itu, selain anaknya, terdapat kanak-kanak lain yang turut menjadi mangsa gigitan di taska tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada masa kini, kebanyakan pasangan suami isteri khususnya yang bekerja akan menghantar anak mereka kepada pengasuh untuk dijaga.

Namun, ada juga yang menjadikan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) sebagai tempat pilihan untuk menjaga anak mereka.

Ini kerana selain dijaga, kanak-kanak yang dihantar ke taska akan diajar dengan ilmu yang sesuai dengan umurnya.

Namun, sejak kebelakangan ini, sering kali kedengaran kes penderaan atau kecederaan kanak-kanak yang melibatkan pengasuh dan taska.

Anak Kena Gigit Sejak Jun 2023

Terbaharu, seorang wanita berkongsikan kisah anak lelakinya yang berusia tiga tahun digigit di sebuah taska.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok, wanita yang dikenali sebagai Syahidah itu kesal dengan tindakan pihak taska yang memberhentikan anaknya selepas dia membuat aduan anaknya digigit.

Menurut Syahidah, anaknya didaftarkan di pusat asuhan berkenaan sekitar bulan Jun yang lalu. Pada ketika itu, anaknya sudah mula digigit oleh kanak-kanak lain di taska yang sama.

Namun, sebagai ibu yang rasional, dia menganggap keadaan tersebut sebagai sesuatu yang normal. Walau bagaimanapun, sehingga bulan September 2023, kejadian mengigit itu masih lagi berulang.

Malah, apa yang lebih teruk adalah anaknya mengalami kecederaan di pipi akibat digigit dan turut dicakar di bahagian sama dan juga anggota badan yang lain.

Foto: TikTok

Adakan Pertemuan Bersama Pihak Taska, Harap Ada Penyelesaian

Oleh kerana tidak tahan melihat kecederaan yang dialami oleh anaknya itu, wanita berkenaan bertindak mengadakan pertemuan bersama pihak pengurusan bagi berbincang mengenai perkara tersebut.

“Saya dah sabar tahu sejak daripada Jun sampai September. So, bila September tu, saya mula emosional tapi masih jadi seorang yang rasional.

“Saya adakan pertemuan. Saya minta untuk tengok CCTV,” jelasnya.

Hasil daripada perbincangan itu, wanita berkenaan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sering mengigit dan mencakar anaknya tanpa sebab.

Ekoran daripada ini juga, dia mengharapkan agar pihak taska melakukan sesuatu terutama terhadap ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit.

Foto: TikTok

Anak Digigit 5 Kali Selepas Pertemuan Pertama Diadakan

Walau bagaimanapun, sehingga Oktober 2023, insiden yang sama telah berulang sebanyak lima kali.

Oleh kerana tiada perubahan yang berlaku selepas aduan dibuat, dia sekali lagi mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara ini bersama pihak taska dan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Foto: TikTok

Kesal Dengan Tindakan Pihak Taska

Namun, hasil perbincangan tersebut nyata mengejutkan Syahidah apabila anaknya diberhentikan oleh pihak taska.

“Adil ke macam ni? Seriously I’m speechless tapi saya memang tengok CCTV tu semua. Benda itu memang berlaku dalam sekelip mata.

“Tetapi itu bukanlah tiket untuk membiarkan anak kita digigit dan bukan anak saya je yang jadi mangsa gigitan, ramai lagi orang lain yang kena gigit,” kata Syahidah.

Keputusan oleh taska tersebut membuatkan dia kesal malah bagi Syahidah, ia tidak akan membantu menyelesaikan kes tersebut sebaliknya ia akan berulang lagi.

“Untuk kes saya, saya rasa tidak adil. Anak tu, tetaplah anak kecil, sebab anak kecil ni dia memang tidak faham apa-apa. Diorang memang nak membesar.

“Concern saya selepas perjumpaan bulan September, pihak taska akan lebih berhati-hati atau berjaga-jaga dalam menangani isu ini.

“Saya rasa dalam isu ini, pihak taska memainkan peranan sangat penting. Saya tak salahkan budak yang mengigit anak saya, tapi apa yang pihak taska lakukan adalah buang anak saya daripada sekolah.

“Anak saya yang kena berhenti dari sekolah, itu yang saya rasa kecewa,” kata Syahidah di akhir video berkenaan.

Namun, menerusi semakan kami, Syahidah tidak ada berkongsi apa-apa info sama ada dia sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

@isyidasyahidah

ANAK KENA GIGIT DEKAT TASKA TERUK MACAM NI 😭 Hati mak mana tak luluh kalau sampai macam ni sekali isunya? Salah mama sebab voice out? Salah mama ke? Salah mama ke sebab nak fight untuk anak mama? End up anak mama yang kena keluar sekolah? Adill?? Buat kenangan akan datang, mama tak akan lupa semua ini ‼️😭

♬ Emotional – Bang Nono

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang dialami oleh wanita itu.

Kebanyakannya mengecam tindakan pihak taska yang bertindak memberhentikan anak Syahidah berbanding mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelesaikan isu tersebut.

Namun, ada juga warganet yang turut berkongsikan pengalaman yang sama tentang cara untuk mengatasi masalah itu.

Berikut antara komen netizen:

Buat Report Kepada Pihak Yang Meluluskan Lesen TASKA

Sumber: TikTok

Anak Saya Pernah Kena Gigit, Cikgu Berkali-Kali Minta Maaf, Lepas Tu Cikgu Bagitahu Ibu Bapa Anak Yang Gigit Tu

Sumber: TikTok

Weii Apa Peranan Cikgu Dia?

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Muka Anak Calar & Ada Kesan Gigit. Ibu Ini Kesal Pihak Taska Cuai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd