Now Reading
Muka Anak Calar & Ada Kesan Gigit. Ibu Ini Kesal Pihak Taska Cuai

Muka Anak Calar & Ada Kesan Gigit. Ibu Ini Kesal Pihak Taska Cuai

Habis calar-balar muka kanak-kanak itu. Alasan pihak taska pun tidak munasabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang wanita yang juga ibu (Lidiya Izam) meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya telah dicakar pada bahagian muka dengan begitu teruk sehingga kemerah-merahan.

Kejadian tersebut telah berlaku sekitar dua hingga tiga bulan lalu.

Lidiya turut berkongsikan tangkap layar dan juga beberapa keping gambar anaknya yang dilihat telah dicakar dan ada juga kesan gigitan. Teruk juga jika dilihat daripada gambar yang dimuat naik.


Terasa Seperti Dimanipulasi

Paling tidak dapat diterima apabila menerusi perbualan WhatsApp tersebut, guru berkenaan menyatakan pihak mereka tidak dapat meleraikan kejadian tersebut kerana ada di antara guru-guru yang sedang membuat susu dan pergi solat.

Walhal, video yang bertarikh 1 April 2022 itu menunjukkan tiada seorang guru pun berada di dalam bilik tersebut dan kesemua kanak-kanak berada tanpa pengawasan orang dewasa atau penjaga.

Malah, secara terang boleh dilihat seorang kanak-kanak yang sedang mencakar dan memanjat atas badan anak Lidiya dan dia pada ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa. Nak lawan balik pun tak boleh, masih kecil.

Pihak taska setelah itu bertindak menuam muka kanak-kanak tersebut menggunakan ais dan juga meletakkan minyak gamat bagi mengurangkan kesan luka dan rasa kesakitan.

“Selepas kejadian, satu call pun saya tak dapat dari pihak taska untuk jumpa berbincang dgn saya walhal saya yang terhegeh hegeh whatsapp tanya keadaan.. Patutnya saya yang emosi tapi aihh principal tu pulak yang emosi plus rude pulak,” tulis Lidiya.


Pengajaran Yang Boleh Diambil

Kejadian seperti ini sememangnya bukanlah pertama kali berlaku. Oleh itu, Lidiya membuat keputusan untuk menyampaikan mesej berbaur pengajaran menerusi hantaran tersebut supaya ibu bapa di luar sana boleh ‘alert’.

Walaupun sesebuah taska atau pusat penjagaan kanak-kanak itu berdaftar, anda sebagai parents masih perlu menyoal siasat lebih lanjut tentang servis dan mengenali setiap guru/penjaga yang bekerja di sana.

Mana tidaknya, mereka ini yang akan menjaga anak-anak semasa ibu ayah sedang bekerja. 8am hingga 5pm baru ambil anak, itupun mungkin ada yang lewat. Pastilah kita ingin memastikan anak-anak berada di dalam keadaan yang selamat, bukan?

Take note ya, parents!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd