Ibu Bapa Garu Kepala Harga Yuran Taska Kini Melebihi RM1,000
Yuran taska zaman sekarang sudah hampir sama dengan yuran universiti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bagi sesetengah ibu bapa yang bekerja, taska merupakan satu keperluan wajib untuk menghantar anak mereka buat sementara waktu.
Kalau tidak menggunakan khidmat taska, siapa nak jaga anak nanti? Susah juga tu nak fikir.
Nak cari taska berdekatan rumah memang mudah. Namun, apa yang menjadi masalah adalah apabila yuran dikenakan agak tinggi.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab menjaga anak masih tetap perlu diberi yang terbaik.
Kos taska anak-anak melebihi RM1,000
Keperitan membayar yuran taska anak-anak ini turut dirasai oleh seorang pengguna Twitter @RafiCounsel apabila dia dilihat meluahkan perasan tentang kos taska anaknya.
Menurutnya, yuran pendaftaran semula taska sahaja sudah mencecah RM1,010. Setiap bulan pula perlu membayar RM400.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Hasanah Johari juga meluahkan rasa risau apabila kos penjagaan anak kini semakin meningkat.
Wanita ini juga mendakwa bahawa seorang suami yang membiarkan isterinya seorang diri menyara anak adalah seorang yang kejam.
Yuran tadika untuk tiga orang anak sahaja sudah melebih RM1,000 sebulan. Itu belum termasuk barang keperluan yang lain.
Hasil tinjauan kami mendapati rata-rata ibu bapa yang lain turut menghadapi masalah yang sama.
Ada yang berpendapat anak itu pembawa rezeki. Namun sebagai ibu bapa, mereka perlu bersedia untuk menjaga amanah yang diberikan.
Ada juga yang berangapan yuran taska itu lebih mahal berbanding yuran universiti. Siap ada yang cadang lebih baik bayar orang gaji berbanding yuran taska.
Kesimpulannya, tidak mudah untuk membesarkan anak-anak. Bukan sahaja dari segi mental, ibu bapa juga perlu bersedia dari segi kewangan demi memastikan mereka membesar dengan baik.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.