Now Reading
Neelofa Selamat Bersalin Anak Kedua. Tahniah!

Neelofa Selamat Bersalin Anak Kedua. Tahniah!

Neelofa memaklumkan dia telah selamat bersalin putera kedua pada Selasa lalu (11 Julai) sekitar jam 10:45 malam.

Neelofa Selamat Bersalin Anak Kedua. Tahniah!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Selebriti terkenal tanah air iaitu Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Lofa sebelum ini telah mengumumkan khabar gembira tentang dirinya yang sedang hamil anak kedua.

BACA JUGA: Neelofa Hamil Anak Kedua, Sudah Masuk Trimester Kedua

Menerusi Instagram Story yang dimuat naik baru-baru ini, Neelofa memaklumkan dia telah selamat bersalin putera kedua pada Selasa lalu (11 Julai) sekitar jam 10:45 malam.

Alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10:45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.

Noor Neelofa Mohd Noor.

Dengan kehadiran anak kedua itu, Neelofa dan suaminya Haris Ismail berharap cahaya mata mereka menjadi anak soleh, membawa keberkatan serta memberi manfaat kepada agama, keluarga, nusa dan bangsa.

Sumber: Instagram @neelofa

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon doa dari orang ramai agar si kecilnya itu dapat membesar dengan cerdas dan diberi kesihatan yang baik.

Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarnkannya. Insya-Allah.

Noor Neelofa Mohd Noor.

Neelofa juga memberitahu bahawa nama anak lelakinya itu akan diumumkan selepas hari ketujuh kelahirannya.

Tahniah kami ucapkan kepada Neelofa dan Haris!

Sumber: Instagram @neelofa

Anak Sulung Neelofa, Bilal Kini Sudah Berusia Setahun Enam Bulan

Selepas melahirkan anak sulungnya, Neelofa tidak terus menunjukkan wajah si kecilnya bernama Muhammad Bilal Muhammad Haris secara terbuka kepada orang ramai.

BACA JUGA: Neelofa Hamil Anak Pertama

Sumber: Instagram @neelofa

Pada ketika itu, Neelofa telah melahirkan cahaya mata sulung pada bulan Januari 2022 dan hanya mempamerkan wajah Bilal ketika berumur 10 bulan.

Selepas melihat wajah Bilal, ramai yang memberikan reaksi positif dan memuji kecomelan Bilal. Cute sangat ya! Sekarang si cilik ini sudah berusia satu tahun enam bulan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd