Wanita Kongsi Kisah Pilu Lepas Janin 9 Bulan Meninggal Dunia Akibat Virus Toxoplasma Kucing
Dyna berkata bahawa doktor telah mengesahkan anaknya dijangkiti virus Toxoplasma daripada kucing sejak awal kandungan lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila berbicara tentang cahaya mata, pasti ramai bakal ibu bapa di luar sana tidak sabar untuk menantikan hari kelahiran anak yang ditunggu-tunggu selama sembilan bulan.
Mana tidaknya, selepas berbulan-bulan di dalam perut, pasti para ibu teruja untuk melihat wajah comel si kecil mereka.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang wanita apabila dia menerima berita duka yang mana bayi dalam kandungannya telah meninggal dunia.
Wanita Sedih Kandungan 9 Bulan Meninggal Dunia Kerana Virus Toksoplasmosis
Menerusi hantaran yang tular oleh pengasas produk jamu Vdare Dyna di TikTok (@dynayusof88), dia telah menceritahkan kisah pilu yang pernah dialaminya apabila janin berusia sembilan bulan dalam kandungan telah meninggal dunia.
Menurut Dyna, anaknya itu telah disahkan terkena serangan virus toksoplasmosis daripada kucing ketika sedang membuat pemeriksaan ibu mengandung (antenatal) yang terakhir.
Susulan serangan virus yang tidak dijangka, wanita itu dikatakan terkejut apabila doktor berkata bahawa degupan jantung anaknya berhenti atau erti kata lain sudah pun meninggal dunia.
“Saya dah reda tapi benda tu sangat-sangat sakit. Ujian itu terlalu berat” kata Dyna.
Wanita Tak Perlu Induce Kerana Anak Keluar Dengan Sendiri
Oleh disebabkan janin yang semakin mengeras, Dyna perlu mengeluarkan anak dari kandungannya.
Namun dengan kebesaran Allah SWT, anak syurganya itu dikatakan telah keluar dengan sendirinya tanpa perlu mendapatkan ‘induce’ dari pihak hospital.
Doktor pada awalnya tidak mahu Dyna melihat si anak, namun wanita itu tegas dengan pendirian untuk melihat wajah bayi walaupun sudah meninggal dunia.
Selepas tiga bulan pemergian anaknya, doktor mengesahkan bahawa darah dan uri bayi Dyna mempunyai virus toksoplasmosis yang datang daripada kucing sejak awal kandungan lagi.
“Saya tak salahkan kucing. Saya terima takdir itu mungkin Allah SWT nak uji,” ujar Dyna.
Di akhir perkongsian tersebut, Dyna telah menasihati semua ibu mengandung di luar sana agar menjadikan pengalamannya sebagai satu iktibar dan lebih berhati-hati selepas ini.
Apa Itu Toksoplasmosis?
Buat anda yang tidak tahu, toksoplasmosis adalah sesuatu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan dengan parasit Toxoplasma gondii.
Jangkitan virus itu kebiasaannya berlaku apabila anda makan daging yang tercemar serta tidak matang, pendedahan dari kotoran kucing iaitu najis yang dijangkiti, atau melalui ibu semasa anak dalam kandungan.
Kesan Buruk Toksoplasmosis Kepada Bayi
Sekiranya anda terkena serangan itu buat kali pertama sebelum atau semasa kehamilan, virus tersebut berisiko dijangkiti kepada bayi anda lebih-lebih lagi ketika trimester ketiga.
Ia juga berkemungkinan boleh berlaku walaupun anda tidak menunjukkan sebarang simptom.
Menurut sumber Hello Doktor, banyak kes telah dilaporkan berlaku di mana anak yang dijangkiti dengan virus Toksoplasmosis berakhir dengan kematian atau keguguran.
Namun, jika bayi anda dapat melawan virus itu, mereka berkemungkinan akan menghidapi beberapa kesan sampingan seperti:
- Sawan.
- Pembesaran hati dan limpa.
- Kulit dan putih mata kekuningan (penyakit kuning).
- Jangkitan mata yang teruk.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Perlu Elak Skincare Yang Ada 6 Bahan Kimia Ini. Bahaya Untuk Kandungan!
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Jerit, Jangan Tidur.” – Wanita Ini Kongsi Tips Bersalin Untuk Bantu Si Ibu. Penting Ya!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Prosedur Buka Buku Pink Untuk Ibu Hamil
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram