Now Reading
Hamil Anak Kembar, Alahan Teruk & 5 Lagi Jenis Ibu Mengandung Yang Perlu Elak Puasa

Hamil Anak Kembar, Alahan Teruk & 5 Lagi Jenis Ibu Mengandung Yang Perlu Elak Puasa

Antara keadaan di mana ibu mengandung perlu elak untuk berpuasa adalah jika menghidap Gestational Diabetes Mellitus (GDM) dan Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS).

ibu hamil puasa

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba bulan Ramadan, sesetengah ibu hamil terutamanya yang pertama kali bakal bergelar ibu pasti akan tertanya-tanya. Boleh ke wanita mengandung berpuasa di bulan Ramadan?

Apabila sudah ‘berbadan dua’, bukan sahaja kesihatan dan keselamatan diri sahaja perlu dijaga, bayi dalam kandungan juga perlu diberi perhatian.

Menurut mazhab Imam Syafie, ibu hamil yang khuatir jika berpuasa boleh memudaratkan diri dan juga kandungan maka mereka diwajibkan untuk berbuka serta menggantikan puasa di kemudian hari.


Doktor Nasihat 8 Jenis Ibu Mengandung Untuk Tidak Berpuasa

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu Dr Izzat di akaun miliknya (@DrMuhammadizzat), doktor kesihatan ini menceritakan ramai pesakit terdiri daripada ibu mengandung bertanya kepadanya sama ada mereka boleh berpuasa atau tidak.

Dr Izzat memaklumkan ibu yang sedang hamil tidak digalakkan untuk berpuasa terutamanya yang mengalami lapan jenis keadaan seperti di bawah:

ibu-hamil-puasa-1
Sumber: TROPIKA

Tips Untuk Ibu Mengandung Yang Boleh Berpuasa

Untuk ibu mengandung yang boleh berpuasa, berikut adalah tips yang boleh digunakan oleh anda berdasarkan penilaian doktor. Antaranya:

  • Makan lebih daripada dua kali antara waktu berbuka dan sahur.
    • Pemilihan hidangan yang seimbang dan berkhasiat adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah sembelit, pedih ulu hati dan sukar untuk dihadam.
  • Elak makanan yang tinggi kandungan lemak dan berminyak.
    • Boleh cuba berbuka dengan tiga biji buah kurma dan jus buah. Kalau tak ada jus buah, boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak.
    • Kemudian, ambil hidangan seimbang yang mempunyai salad, ulam-ulaman, protein dan karbohidrat.
  • Jangan tinggal sahur.
    • Bangun sahur dengan sekurang-kurangnya memakan buah kurma.
  • Elakkan mengambil minuman teh atau kopi ketika bersahur.
    • Kandungan kafein boleh menyebabkan anda kerap membuang air kecil dan mengakibatkan berlakunya dehidrasi.
  • Minum air masak secukupnya ketika berbuka dan bersahur.
    • Tips ini penting bagi memastikan anda kekal hidrasi sepanjang berpuasa.

Dalam pada itu, Dr Izzat juga memberi pendapat supaya persoalan tentang ibu hamil boleh berpuasa atau tidak itu tidak ditanya di media sosial.

Sebaliknya, lebih baik anda membuat pemeriksaan dengan doktor masing-masing. Ini kerana tidak semua wanita mempunyai kondisi yang sama ketika hamil.

Selain ibu mengandung, wanita yang sedang menyusu anak mereka juga pernah meluahkan persoalan yang sama tentang keadaan mereka dibenarkan untuk berpuasa atau tidak.

Jawapannya, masih boleh tetapi perlu memperbanyakkan pengambilan protein, minum air secukupnya dan elak makanan masin.

BACA JUGA: Ini 5 Tips Berpuasa Untuk Bantu Ibu Yang Sedang Menyusu Bayi

BACA JUGA: Ini 5 Mitos Yang Sebenarnya Tidak Membatalkan Puasa Anda

BACA JUGA: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd