Now Reading
Wanita Boleh Hamil Ketika Mengandung. Betul Ke?

Wanita Boleh Hamil Ketika Mengandung. Betul Ke?

Wanita yang mengalami ‘Superfetation’ akan tetap mengalami proses ovulasi dan membolehkan mereka untuk hamil ketika sedang mengandung.

Wanita Boleh Hamil Ketika Mengandung. Betul Ke?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Proses ketika sedang mengandung buat para wanita merupakan suatu perjalanan yang agak mencabar kerana percayalah, anda akan mengalami beberapa jenis dugaan yang tidak disangka-sangka.

Jangan terkejut kerana ada wanita yang tidak boleh mencium bau suaminya sendiri kerana alahan. Bukan semua orang akan mengalami situasi ini, tetapi ia memang pernah berlaku ya.

Biasalah, hormon ketika proses mengandung boleh dikatakan macam ‘roller coaster’ jugalah.

BACA JUGA: Muka Berubah Jadi Tua & Berkerut, Ibu Hamil Bersyukur Suami Tetap Puji Cantik


Ibu Hamil Boleh Hasilkan Janin Baru Ketika Sedang Mengandung

Seperti yang kita semua sedia maklum, wanita hamil tidak akan melalui proses datang bulan kerana rahim mereka sedang ‘memegang’ bayi di dalamnya.

Namun menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Nurul Mukhtar), wanita ini berkongsi satu keadaan di mana ibu yang sedang hamil boleh mengandung dua bayi yang berbeza umur dalam satu masa yang sama.

Biar betul?

Perkongsiannya itu membuatkan ramai netizen juga terkejut ketika mengetahui tentang perkara tersebut.

Kami sebagai penulis pun agak terkejut kerana pertama kali mendengar tentang keadaan di mana wanit boleh hamil ketika sedang hamil.

Malah ada juga yang sempat bertanya soalan sama ada kedua-dua bayi itu akan lahir pada waktu yang sama atau tidak.

Pengguna Twitter tersebut mendakwa bahawa kedua-dua bayi berkenaan akan lahir serentak dan digelar sebagai kembar tetapi salah seorang akan lahir dalam keadaan tidak cukup bulan.


Superfetation Atau Kehamilan Dalam Kehamilan Wujud Dalam Kalangan Wanita

Boleh ke berlaku kehamilan kedua walaupun bayi yang sedang dikandung masih belum dilahirkan? Memang wujud ya!

Dalam bidang medikal, keadaan ini digelar sebagai fenomena Superfetation atau kehamilan dalam kehamilan.

Fenomena Superfetation ini terjadi apabila kehamilan kedua berlaku walaupun anda sedang berada dalam tempoh mengandung juga.

Bagaimana Superfetation Boleh Berlaku?

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana seseorang wanita itu boleh sekali lagi mengandung ketika sedang hamil?

Ia berlaku apabila ovum lain disenyawakan oleh sperma dan menekap pada dinding rahim wanita beberapa hari atau minggu selepas janin pertama.

Wanita Boleh Hamil Ketika Mengandung. Betul Ke?
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: AloDokter)

Kebiasaannya, wanita hamil akan mengalami perubahan hormon dan menghalang proses ovulasi berlaku.

Tetapi lain pula yang berlaku kepada wanita yang mengalami Superfetation kerana proses ovulasi mereka masih tetap berlaku ketika sedang hamil dan ini merupakan faktor yang membolehkan janin kedua terbentuk.

Cara Untuk Mengesan Fenomena Superfetation

Fenomena Superfetation ini boleh hanya boleh dikesan apabila kedua-dua janin mempunyai umur yang berbeza atau ultrabunyi menunjukkan janin bertambah berbanding sebelumnya.

Malah, para doktor juga sukar untuk mengesan kehadiran janin kedua ketika pemeriksaaan ultrabunyi dilakukan pada kali pertama kerana fenomena ini sangat jarang berlaku.

Mungkin ada yang terfikir, Superfetation ini sama ke dengan kehamilan anak kembar? Jawapannya TIDAK!

Untuk pengetahuan anda, janin kedua yang terbentuk dalam proses Superfetation itu tidak mempunyai usia kehamilan yang sama dan juga boleh membawa DNA dari pasangan yang berbeza.

Wanita Boleh Hamil Ketika Mengandung. Betul Ke?

Antara Fenomena Superfetation Yang Pernah Berlaku

Kejadian Superfetation ini boleh berlaku kepada beberapa jenis haiwan tetapi kurang daripada 10 kes dilaporkan dalam rekod perubatan dunia setakat tahun 2019.

Antara kes Superfetation yang pernah dilaporkan berlaku adalah pada tahun 2016 yang lalu adalah melibatkan seorang ibu tumpang kepada pasangan suami isteri berbangsa Cina yang melahirkan anak kembar.

Namun keadaan menjadi pelik apabila salah seorang bayi kembar itu mempunyai wajah hampir sama seperti ibu tumpang tersebut.

Hasil pemeriksaan DNA mendapati bahawa kedua-dua bayi yang dilahirkan itu bukanlah kembar kerana mereka mempunyai DNA berbeza.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku apabila wanita tersebut juga telah hamil anaknya sendiri ketika sedang menjadi ibu tumpang kepada pasangan suami isteri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd