Now Reading
Muka Berubah Jadi Tua & Berkerut, Ibu Hamil Bersyukur Suami Tetap Puji Cantik

Muka Berubah Jadi Tua & Berkerut, Ibu Hamil Bersyukur Suami Tetap Puji Cantik

Menurutnya, perubahan itu mungkin terjadi kerana jarak usia kandungan dengan anak pertamanya adalah lapan tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila bertanya kepada wanita hamil mengenai cabaran sepanjang sembilan bulan mengandung, mesti ada macam-macam cerita yang kita boleh dengar.

BACA JUGA: Menggelupur ‘Cari Nyawa’. Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Diserang Covid-19

Mungkin sesetengah wanita terkena alahan-alahan pelik yang jarang didengar seperti tidak boleh bau suami sendiri, kurang senang dengan susunan perabot rumah, termuntah setiap kali bau peti ais dan banyak lagi.

Proses mengandung ini boleh dikatakan suatu perjalanan yang agak mencabar tetapi sangat bermakna kepada para ibu di luar sana.

Bukan isteri sahaja perlu kuat, suami pun kena banyakkan bersabar mengharungi cabaran ketika pasangan sedang hamil.

Biasalah hormon ketika mengandung ni kadang kala macam roller coaster.

Wajah tiba-tiba bertukar tua dan berkerut ketika hamil

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cik Nur Ain berkongsi pengalaman ketika mengalami alahan mengandungkan anak keduanya.

Wanita itu memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan perubahan wajahnya menjadi tua dan berkerut semasa kandungannya memasuki sembilan bulan.

Menurutnya, perubahan tersebut mungkin terjadi kerana jarak usia kandungan dengan anak pertamanya adalah lapan tahun.

Disebabkan wajahnya yang tiba-tiba bertukar tua, dia mula berasa malu apabila ada orang ajak bergambar dengannya.

Tetapi, lama-kelamaan dia mula berasa selesa apabila ramai yang mula prihatin dengan perubahan wajahnya itu.

Namun, ada juga ‘mulut-mulut busuk’ yang mengatakan dirinya terkena sumpahan sehingga terdapat segelintir penduduk yang takut terkena benda yang sama jika mereka mengandung.

Selepas empat bulan bersalin, dia bersyukur apabila kondisi wajahnya semakin pulih.

Wanita itu juga terpaksa berulang-alik berjumpa dengan doktor pakar bagi mencari penyelesaian mengenai wajahnya.

Walau bagaimanapun, dia berasa sangat bersyukur apabila suaminya tetap memuji wajahnya cantik dan selalu memberi kata-kata semangat.

Kredit: Facebook/Cik Nur Ain

Ramai netizen mendoakan dan beri kata-kata semangat

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen apabila ramai yang mendoakan agar wajah ibu tersebut kembali pulih.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang memuji tindakan si suami yang terus memberikan sokongan kepada isterinya yang sedang melalui waktu sukar lebih-lebih ketika sedang hamil.

Bertuah betul si isteri yang dapat suami baik macam ni kan?

Kredit: Facebook/Cik Nur Ain
Kredit: Facebook/Cik Nur Ain
Kredit: Facebook/Cik Nur Ain

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd