Now Reading
“Meriahnya Rezeki Susu Anak-anak” – Tindakan Wanita Ini Kongsi Susu Badan Dipuji Netizen

“Meriahnya Rezeki Susu Anak-anak” – Tindakan Wanita Ini Kongsi Susu Badan Dipuji Netizen

Oleh disebabkan susu badan yang terlalu banyak, usahawan wanita sanggup membeli sebiji peti sejuk khas buat penyimpanan stok susu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjadi seorang ibu itu merupakan impian yang paling ditunggu-tunggu para wanita yang sudah berkahwin di luar sana.

Meskipun begitu, ada juga kes di mana para ibu tidak berkesempatan untuk memberikan susu kepada anak kerana kandungan susu badan yang tidak mencukupi.

Menurut sumber, kekurangan susu dalam badan boleh disebabkan oleh plasenta ibu yang terpisah daripada rahim semasa proses kelahiran.


Usahawan Kosmetik Kongsi Susu Badan Berlebihan Dengan Wanita Lain Yang Memerlukan

Menerusi hantaran video di akaun TikTok milik seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Rita Sosilawati (@ritasosilawati), video itu menyaksikan sebiji peti sejuk yang dipenuhi dengan susu badan miliknya.

Oleh disebabkan susu badan yang banyak, wanita ini sanggup membeli sebiji peti sejuk khas buat penyimpanan stok susu.

“Alhamdulillah rezeki anakku dan anak susuan,” kata Rita menerusi kapsyen pada video berkenaan.

Dalam video tersebut juga, seorang wanita dilihat sedang mengambil stok susu melimpah ruah daripada peti sejuk untuk diedarkan kepada ibu lain yang memerlukan.

Menjawab persoalan daripada netizen, Rita berkata sekali pam susu badan dapat menghasilkan lapan ke sepuluh auns susu. MasyaAllah, murah betul rezeki wanita ini ya.

Sumber: TikTok (@ritasosilawati)

Reaksi Netizen Lihat Susu Badan Yang Banyak Dari Peti Sejuk

Menjengah ke ruangan komen di video, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan terharu atas kebaikannya untuk berkongsi bersama ibu lain yang mempunyai masalah menghasilkan susu badan.

Sumber: TikTok (@ritasosilawati)

Ramai juga di antara netizen yang menasihati Rita untuk membuat surat pengesahan menyatakan nama untuk setiap anak susuannya sebagai kegunaan pada masa hadapan.


Bakal Ibu Risau Susu Badan Tak Cukup? Ini Beberapa Tips Mudah Untuk Banyakkan Kandungan Susu

Para ibu sudah tentu mahu memberikan yang terbaik buat bayi comel mereka iaitu dengan memberikan susu badan dan bukannya susu formula.

Meskipun ramai yang tidak mempunyai masalah untuk menghasilkan susu badan ini, namun tidak dinafikan ada juga individu yang tidak boleh.

Sumber: Pexels

Jangan risau, jom kami kongsikan beberapa tips mudah untuk ibu menghasilkan susu yang banyak.

  • Betulkan posisi badan dan duduk dalam keadaan selesa.
  • Minum air kosong dengan banyak.
  • Susukan bayi sekerap mungkin walaupun sedikit.
  • Mula pam susu badan sejak fasa pantang.
  • Jaga diet pemakanan dan lebihkan makan berfungsi sebagai ‘milk booster’.

Baca Artikel Berkaitan: Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Bakteria Dalam Produk Susu Similac, Tetapi Ujian Masih Berjalan” – Abbott

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Ibu Sengaja Tak Mahu Menyusu Badan

Sumber: TikTok (@ritasosilawati) | Hello Doktor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd