Dedah Kisah Bayi Tersedak Susu, Doktor Ini Kongsi Perkara Penting Untuk Ibu Bapa
Bayi boleh tersedak susu apabila minuman itu memasuki saluran ke bahagian paru-paru dan menyebabkan keradangan serta jangkitan kuman.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Susu merupakan sumber makanan utama kepada bayi bagi mendapatkan nutrien kerana mereka masih belum sesuai untuk mengambil makanan berbentuk pepejal.
Pakar kesihatan berpendapat bahawa seorang ibu perlu memberikan susu awal kepada anaknya (susu kolustrum) sehingga berusia dua tahun kerana mempunyai khasiat yang diperlukan oleh bayi.
Tetapi sesetengah ibu mempunyai masalah dalam penghasilan susu badan dalam kuantiti yang banyak dan mengambil keputusan untuk memberikan susu formula.
BACA JUGA: Ini 3 Petanda Yang Anda Perlu Tahu Jika Bayi Kurang Minum Susu Badan
BACA JUGA: Mufti Perjelas Hukum Ibu Sengaja Tak Mahu Menyusu Badan
Doktor Kongsi Kisah Tentang Kes Bayi Tersedak Susu
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan iaitu Dr Redza di laman Twitter miliknya (@DrRedzaZainol), beliau berkongsi kisah ketika menerima panggilan dari Jabatan Kecemasan berkaitan kes bayi tersedak susu.
Dr Redza menceritakan muka bayi berusia 28 hari itu sudah kebiruan, nafasnya sangat laju dan ada lekuk di bahagian dada.
Malah, kandungan oksigen di dalam badan bayi itu juga sudah berkurangan sehingga 80%.
Selepas melihat kepada ujian X-ray yang dilakukan, mereka mengesahkan bayi itu mengalami Aspiration Pneumonia.
Keadaan itu berlaku apabila minuman yang diminum oleh bayi itu masuk ke bahagian paru-paru dan menyebabkan berlaku radang serta dijangkiti kuman.
Masalah ini dianggap serius kerana boleh menjadi punca fungsi paru-paru merosot teruk.
Dr Redza menjelaskan bayi tersebut perlu diberikan bantuan pernafasan dengan segera bagi mengelakkan masalah bertambah serius.
4 Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Elak Bayi Tersedak Susu
Dalam perkongsian sama, Dr Redza berkongsi beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan bayi tersedak susu. Antaranya:
- Tegakkan badan bayi selepas selesai menyusu. Saki baki susu yang ada di mulut akan ditelan oleh bayi.
- Sendawakan bayi selepas menyusu.
- Tepuk atau gosok perlahan-lahan belakang badan bayi dalam posisi sedikit menegak sehingga sendawa. Buat sekurang-kurangnya selama 5-10 minit.
- Jangan tinggalkan bayi bersendirian ketika sedang menyusu.
- Baringkan bayi dalam keadaan mengiring sebelah kanan selepas menyusu.
- Jika bayi muntah, semuanya akan mengalir keluar dari tepi mulut. Jadi kuranglah susu yang berkumpul dalam mulut ketika muntah.
Malam tu saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) February 23, 2023
“Doktor, kami baru terima bayi umur 28 hari. Dia tersedak susu. Ibu dia kata muka terus jadi biru, nafas jadi laju dan lekuk di dada makin dalam.
Di sini, oksigen cuma tinggal 80%…”
Apa Perlu Buat Jika Bayi Tersedak Susu?
Keadaan di mana bayi tersedak susu pastinya akan membuatkan anda cemas dan terpinga-pinga pada awalnya.
Apabila bayi anda tersedak susu, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu anak kecil anda. Antara posisi yang boleh melegakan mereka adalah:
- Menarapkan bayi, kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
- Sekiranya tidak keluar, tekan bahagian dada dalam keadaan duduk menghadap ke hadapan dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
- Selain menekan bahagian perut, bayi juga boleh dibaringkan.
- Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Perkara ini perlu diambil perhatian kerana bayi yang masih kecil tidak boleh bercakap sekiranya mereka mengalami masalah ketika sedang meyusu.
Sebagai ibu bapa atau pengasuh, kita perlu peka dan prihatin dalam menjaga bayi dan sudah semestinya tindakan segera yang diambil dalam memastikan anak kecil ini terhindar daripada perkara yang membahayakan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram