Now Reading
“Tiada Bakteria Dalam Produk Susu Similac, Tetapi Ujian Masih Berjalan” – Abbott

“Tiada Bakteria Dalam Produk Susu Similac, Tetapi Ujian Masih Berjalan” – Abbott

Di Malaysia, hanya produk Alimentum dan Human Milk Fortifier sahaja yang terjejas dan Abbott telah memulakan penarikan balik secara sukarela.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Abbott sedang melancarkan penarikan semula secara proaktif dan sukarela untuk beberapa formula serbuk bayi yang dihasilkan di Sturgis, Michigan di Amerika Syarikat.

Tiada produk yang diedarkan telah diuji positif untuk kehadiran Cronobacter sakazakii atau Salmonella Newport dan ujian akan terus dijalankan.

BACA LANJUT: KKM Tarik Balik Dua Produk Susu Formula Bayi Ini Akibat Penemuan Bakteria. Take Note!

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Abbott, di Malaysia hanya produk Alimentum dan Human Milk Fortifier sahaja yang terjejas dan Abbott telah memulakan penarikan balik secara sukarela.

Hospital dan farmasi, di mana produk ini dijual juga telah dihubungi untuk menghentikan jualan produk yang terjejas.

Ibu bapa harus berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan mereka tentang alternatif pilihan nutrisi yang sesuai.

Tiada produk nutrisi Abbott yang lain, termasuk Similac – terjejas oleh penarikan balik ini dan pengguna boleh terus menggunakan produk ini dengan yakin.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penarikan balik dan pemulangan produk, ibu bapa boleh menghubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Abbott Nutrition di 1800-88-6233 atau menghantar emel ke wecare@abbott.com.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd