Ini 3 Tips Untuk Elak Telur Cepat Rosak & Tahan Lama
Setiap telur mempunyai lapisan kulit luar semula jadi yang bertindak melindungi makanan tersebut daripada dimasuki bakteria.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada 14 Oktober lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) telah menarik semula stok telur dari Malaysia selepas mengesan kehadiran Salmonella Enteritidis yang boleh menyebabkan penyakit jika makanan itu dimakan mentah atau kurang masak.
Telur tersebut dihasilkan di Johor oleh salah satu pengeluar telur terbesar di Malaysia yang juga merupakan syarikat tersenarai awam.
BACA JUGA: Malaysian Eggs From Yong Peng Recalled By Singapore Authority Over Salmonella Fears
Panduan Menyimpan Telur Dengan Betul

Berikutan itu, pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah berkongsi di laman Twitter rasmi mereka (@BKKKMputrajaya) tentang panduan untuk menyimpan telur dengan betul.
Antaranya adalah:
- Memilih telur yang tidak retak.
- Menyimpan telur di dalam bekas yang bersih dan tertutup sebaik sahaja dibeli.
- Digalakkan untuk menyimpan di dalam peti sejuk.
- Hanya basuh permukaan telur apabila hendak menggunakannya sahaja.
Kenapa Tak Boleh Basuh Permukaan Telur Sebelum Disimpan Lama?
Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa kita tak boleh basuh kulit telur dengan air sebelum disimpan lama? Bukan ke lagi bersih kalau macam itu?
Sebenarnya TIDAK.
Apabila anda membasuh kulit telur dengan air sebelum menyimpannya, telur akan mudah dimasuki bakteria kerana lapisan luar kulit semula jadi yang bertindak untuk melindungi makanan tersebut sudah lagi tiada.
Telur yang mudah dimasuki bakteria akan mengakibatkan berlakunya pencemaran kandungan telur tersebut dan menyebabkannya cepat busuk dan rosak.
Malah, perkara ini turut dipersetujui oleh penyelidik dari University of Wisconsin-Madison yang turut menjalankan kajian tentang kesan membasuh telur sebelum menyimpannya.
Panduan Menyimpan telur
— Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (@BKKMputrajaya) October 16, 2022
• Pilih telur yang tidak retak
• Simpan telur dalam bekas yang bersih dan bertutup sebaik sahaja dibeli dan masukkan ke dalam peti sejuk.
• Jangan basuh telur semasa disimpan, basuh apabila hendak dimasak sahaja. pic.twitter.com/obif3CcU1c
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.