Now Reading
KKM Tarik Balik Dua Produk Susu Formula Bayi Ini Akibat Penemuan Bakteria. Take Note!

KKM Tarik Balik Dua Produk Susu Formula Bayi Ini Akibat Penemuan Bakteria. Take Note!

Dua produk susu formula yang terlibat adalah Similac Human Milk Fortifier dan Similac Alimentum (400 gram).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerusi satu hantaran di Facebook telah mengesahkan syarikat Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd sudah menarik balik dua produk susu formula mereka Similac Human Milk Fortifier dan Similac Alimentum (400 gram) daripada pasaran.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum laporan oleh Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA) mengenai isu penemuan bakteria Cronobacter sakazakii dan Salmonella Newport dalam rumusan bayi keluaran Abbott Nutrition’s Sturgis dari Amerika Syarikat.

KKM sudah menghubungi Abbott Laboratories dan mengesahkan pihak syarikat sudah membuat penarikan balik produk terbabit yang berada di pasaran tempatan secara sukarela serta mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi peruncit, pengedar dan institusi yang membeli produk berkenaan supaya menghentikan penjualan produk ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Hasil siasatan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati hanya dua produk rumusan bayi yang terbabit iaitu Alimentum (400g) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 sachets) dengan nombor batch yang dimulai digit 22 hingga 37 pada kodbar di bekas bernombor K8, SH atau Z2 serta mempunyai tarikh luput 1.4.2022 dan seterusnya.

Sumber: FDA
Sumber: FDA

KKM juga sudah mengenakan tindakan penolakan (auto-rejection) di semua pintu masuk negara ke atas produk berkenaan.


Penjualan perlu dihentikan serta- merta.

Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk itu hendaklah menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Malah ibu bapa dan penjaga pula dinasihatkan untuk mengenalpasti batch kod rumusan bayi berkenaan serta berhenti menggunakan produk berkenaan dan memantau kesihatan bayi serta segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi mempunyai gejala selepas meminum rumusan susu bayi itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengulas lanjut, bakteria Cronobacter sakazakii terdapat secara meluas di persekitaran dan boleh hidup pada keadaan kering seperti di dalam rumusan bayi.

Jangkitan Cronobacter boleh menyebabkan meningitis atau sepsis. Bagaimanapun, ianya jarang berlaku dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

Atau boleh juga klik [LINK INI] atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd