Now Reading
Enfagrow A+ Lancar Kempen ‘Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan’ Sempena Ramadan

Enfagrow A+ Lancar Kempen ‘Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan’ Sempena Ramadan

Kempen Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan turut membawakan sebuah peraduan dengan hasrat untuk mengumpul dana bagi tabung “Dana Sepenuh Harapan”.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan yang mulia memberi kita ruang dan peluang untuk membuat renungan serta memperbaiki diri kita dari pelbagai sudut.

Sempena bulan Ramadan yang  bakal tiba, Enfagrow A+ pada hari ini melancarkan kempen istimewanya “Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan”.

Kempen ini bermatlamat untuk menggalakkan para ibu bapa saling bertukar pandangan serta membimbing mereka dalam usaha untuk membesarkan anak-anak secara holistik, tidak menumpukan kecemerlangan dalam akademik semata-mata, tapi juga dalam keutuhan moral.

Pelancaran kempen Enfagrow A+ ‘Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan’ ini amat bermakna bagi  kami sempena Ramadan Al-Mubarak kerana kami ingin berada di samping perjalanan ini bersama para ibu bapa dan membantu mereka menyemai nilai-nilai positif dalam anak-anak mereka, di samping memperkukuhkan lagi hubungan sesama mereka. Di Enfagrow A+, kami ingin menjadi tonggak sokongan buat para ibu bapa dalam perjalanan mereka untuk membesarkan anak-anak. Bersama-sama, kami berharap untuk membina sebuah asas yang kukuh lagi lengkap yang menekankan kepentingan perkembangan mental (IQ) serta perkembangan emosi (EQ).

Tiffany Tang,  Pengarah Pemasaran Mead Johnson Nutrition bagi Malaysia, Singapura, dan Vietnam.
Datin Fadzlin Suraya, Enfagrow A+ Mom (Kiri), Nur Fazura, Pelakon & Enfagrow A+ Celebrity Mom (Tengah).

Ramadan mempersembahkan peluang kepada ibu bapa untuk menunjukkan teladan yang baik.

Seperti melentur buluh dari rebungnya, peluang ini juga boleh diambil untuk menyemai nilai-nilai murni semasa mereka masih lagi kecil sama ada dengan berpuasa bersama-sama, merapatkan hubungan silaturahim semasa iftar atau menunjukkan keihsanan kepada anggota masyarakat yang lain.


Fazura Tak Sabar Sambut Ramadan

Nur Fazura, selebriti yang bergelar seorang ibu menghadiri majlis pelancaran kempen ini turut berkongsi, “Setiap tahun  saya menantikan ketibaan Ramadan, dan kini penantian saya lebih bermakna bersama anak saya, Nur Fatima. Bulan istimewa ini bukan sahaja mencungkil semangat kekeluargaan, namun juga membantu mengukuhkan nilai jati diri kita.

“Saya berharap Fatima akan membesar dengan keutuhan moral yang  tinggi, berupaya untuk membuat keputusan yang baik serta menangani situasi yang mencabar. 

“Enfagrow A+ merupakan pilihan yang saya yakini untuk memastikan Fatima dapat membesar dengan asas yang bertepatan, dengan terkandungnya khasiat-khasiat penting seperti Membran Globul Lemak Susu (MFGM) dan amaun DHA yang disarankan oleh pakar untuk memberi anak saya kelebihan dalam proses pembangunan IQ dan EQ agar masa depannya lebih cerah.”

Datin Fadzlin Suraya, Enfagrow A+ Mom (Kiri), Nur Fazura Pelakon / Enfagrow A+ Celebrity Mom (Tengah) dan Tiffany Tang, Marketing Director of Mead Johnson Malaysia, Singapore & Vietnam (Kanan) merasmikan kempen Enfagrow A+ “Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan” sempena Ramadan.

Bukan mudah untuk menyemai nilai moral pada usia yang muda, tapi ia dapat dimulakan dengan mengambil langkah yang tepat dalam proses tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar.

Kunci untuk membesarkan seorang anak secara holistik adalah dengan membangunkan IQ dan EQ mereka menerusi bimbingan ibu bapa serta pembekalan khasiat yang betul.

IQ merupakan kemahiran kognitif yang dapat membantu kanak-kanak dari sudut akademik manakala EQ merupakan kebolehan untuk mengenal pasti, menilai dan mengawal emosi diri.

Seorang kanak-kanak yang mempunyai  keseimbangan yang baik dalam kemahiran IQ dan EQ akan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dalam aspek pemahaman dan kesedaran kendiri, termasuk memori untuk belajar, memahami dan menyimpan maklumat dengan lebih cepat.

Jika tahap IQ yang tinggi mampu membuahkan gred akademik yang cemerlang, EQ yang tinggi pula mampu membuahkan kejayaan dari sudut sosial dan emosi.

Apa yang menariknya ialah EQ juga didapati dua kali ganda lebih penting berbanding IQ, kerana EQ mencakupi 67% daripada keupayaan diperlukan untuk prestasi lebih cemerlang dalam kalangan pemimpin.


Dana Sepenuh Harapan.

Berbekalkan semangat bulan Ramadan, kempen “Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan” juga membawakan sebuah peraduan dengan hasrat untuk mengumpul dana bagi tabung “Dana Sepenuh Harapan”.

Menerusi tabung kebajikan ini, Enfagrow A+ ingin menyokong dan meningkatkan kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik serta membantu para ibu bapa menunaikan impian anak-anak dengan memenangi aneka hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Titian Kaseh bagi menunjukkan sokongan kepada rumah-rumah kebajikan ini atas keihsanan mereka untuk menjaga dan melindungi  kanak-kanak kurang bernasib baik ini.

Bagaimana cara untuk mengambil bahagian?

Setiap perbelanjaan minimum bernilai RM45 yang dibuat bagi pembelian Enfagrow A+ akan memberi anda satu (1) entri dalam peraduan ini.

Hantar penyertaan anda dan jawab satu soalan yang mudah melalui WhatsApp lalu RM2 akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan tersebut bagi pihak anda.

Setiap entri memberi peluang kepada ibu bapa untuk merealisasikan impian  anak mereka menerusi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM100,000!

Butiran lanjut mengenai cara untuk mengambil bahagian serta menyumbang kepada Dana Sepenuh Harapan boleh didapati di laman sesawang serta laman Facebook Enfagrow A+ Malaysia.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd